Wednesday, 2 September 2015

5 Tanda-Tanda Anda Menghidap Kencing Manis

5 Tanda-Tanda Anda Menghidap Kencing Manis


Apakah Tanda-tanda Kencing Manis?
Penyakit kencing manis adalah merupakan antara penyakit pembunuh utama di Malaysia selain kanser dan sakit jantung. Kencing manis atau di dalam istilah mediknya iaitu diabetes mellitus merupakan satu penyakit dimana metabolisme tubuh terganggu sehingga mengakibatkan glukosa di dalam badan tidak dapat dimanfaatkan sebagai tenaga secara maksimum.

Bagaimana boleh kena kencing manis?
Ia terjadi apabila pankreas gagal berfungsi secara normal yang mengakibatkan penghasilan hormon insulin yang tidak cukup untuk membawa masuk gula ke dalam sel badan. Tanpa insulin yang cukup inilah yang menyebabkan terjadinya lebihan gula di dalam saluran darah. Sebab itu, penghidap diabetes akan berasa keletihan dan kekurangan tenaga kerana gula tidak dibekalkan ke dalam sel.

Kencing manis kronik
Kencing manis juga adalah pembunuh senyap kerana ada dikalangan penderita penyakit ini hanya menyedari akan kehadiran penyakit ini kepada diri mereka pada peringkat yang sudah kronik.

Oleh itu, mengenali tanda-tanda penyakit kencing manis pada peringkat awal mungkin dapat membantu seseorang individu mengambil langkah pencegahan dan seterusnya menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa penyakit berbahaya ini.

Apa punca kencing manis?
Menurut sumber rasmi Kementerian Kesihatan, faktor-faktor risiko kencing manis atau diabetes adalah seperti berikut:


  • Berlebihan berat badan / kegemukan.
  • Tidak bersenam dan gaya hidup tidak aktif.
  • Pemakanan- pengambilan makanan tinggi lemak dan kurang serat.
  • Keturunan- diabetes mempunyai perkaitan yang kuat dalam keluarga.
  • Peningkatan umur.
  • Bangsa – Kaum India mempunyai lebih risiko mendapat diabetes.
  • Tanda Kencing Manis

Berikut disenaraikan 5 gejala atau tanda awal penyakit kencing manis yang utama yang boleh anda perhatikan pada diri dan juga kepada ahli keluarga agar langkah awal dapat diambil samada dengan mendapatkan nasihat doktor pakar atau dengan mengawal pemakanan.

1. Kerap dahaga dan kerap kencing pada waktu malam
Tanda kencing manis yang paling biasa ialah selalu rasa haus. Apabila waktu malam pula, selalu ke tanda untuk kencing.

Lebihan glukosa dalam saluran darah membuatkan buah pinggang bekerja lebih keras untuk memprosesnya. Ini menyebabkan seseorang menjadi kerap membuang air kecil pada waktu malam. Apabila air banyak hilang anda akan menjadi lebih dahaga. Itulah antara petanda badan anda sedang cuba menggantikan air yang telah hilang.

2. Berat badan menyusut dengan drastik
Pelik atau tidak? Makan macam biasa, tetapi berat badan menurun? Inilah antara tanda kencing manis.

Bagi sesetengah orang, kehilangan berat badan secara drastik dalam masa yang singkat mungkin menggembirakan mereka. Tetapi awas kerana ia mungkin salah satu tanda anda menghidap kencing manis kerana disebabkan oleh kegagalan badan untuk memproses glukosa sebagai tenaga yang menyebabkan ia mula memecahkan otot dan lemak untuk menghasilkan tenaga.

3. Jarak penglihatan menurun
Jangan ingat tidak nampak itu disebabkan rabun. Antara tanda kencing manis yang orang selalu abaikan ialah tidak dapat melihat dengan jelas.

Kandungan gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan perubahan pada bentuk kanta dan mata yang seterusnya mengakibatkan seseorang mengalami kabur penglihatan. Seseorang itu mungkin juga akan buta sekiranya ianya dibiarkan untuk tempoh yang panjang.

4. Sering kebas pada tangan dan kaki
Antara tanda kencing manis yang lain ialah selalu rasa kebas. Ia disebabkan oleh kerosakan pada sistem saraf atau pembuluh darah yang menyebabkan seseorang mengalami kesemutan, kebas atau bengkak pada tangan dan kaki. Ini kerana darah tidak lagi sampai pada hujung saraf anggota badan.

5. Luka yang lambat sembuh.
Ini tanda kencing manis yang paling menakutkan. Selalu orang kata, sampai boleh kena “Potong kaki!”.

Sistem saluran darah yang rosak kerana gula berlebihan juga turut memberikan kesan kepada penyembuhan luka kerana darah tidak dapat disampaikan kepada anggota-anggota badan. Pesakit juga mungkin tidak akan merasai sakit akan luka yang di alami.

Paling menakutkan apabila luka-luka ini menjadi semakin teruk dan membusuk dimana hanya dengan memotong anggota badan tersebut merupakan jalan untuk menyembuhkannya.

Rawatan kencing manis tanpa ubat
Menurut sumber rasmi Kementerian Kesihatan lagi, berikut ialah rawatan kencing manis tanpa ubat:

Penjagaan diri umum

Jagaan kulit

  • Mandi setiap hari.
  • Keringkan seluruh bahagian tubuh.
  • Mandi setiap hari.
  • Keringkan seluruh bahagian tubuh.
  • Rawat luka dan calar- jumpa doktor anda jika luka tidak sembuh selepas 2-3 hari.

Jagaan kaki.

  • Cuci kaki anda setiap hari.
  • Keringkan kaki anda sepenuhnya terutama diantara jari-jari kaki.
  • Periksa kaki anda setiap hari untuk mengesan luka, calar, kulit menggelembung, melecet atau perubahan warna kaki. Gunakan cermin jika perlu.
  • Potong kuku jari kaki secara lurus melintang .
  • Tukar stokin anda setiap hari.
  • Jangan berjalan tanpa kasut.
  • Selalu pakai kasut yang lembut dan tidak ketat apabila keluar.

Penjagaan Gigi

  • Pemeriksaan mata secara berkala
  • Elakkan alkohol
  • Berhenti merokok
  • Mengawal pemakanan
  • Mengawal berat badan
  • Kerap bersenam
sumber : SIrapLimau

by noreply@blogger.com (Romi Rizuan) via masalah dunia

No comments:

Post a Comment

ad banner