Sunday, 30 August 2015

Menteri Kecewa Dr Mahathir Turun Bersih


Datuk Seri Salleh Said Keruak kecewa mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyertai perhimpunan Bersih 4 di Kuala Lumpur petang semalam.

Menteri komunikasi dan multimedia itu menyifatkan Dr Mahathir sebagai bersekongkol dengan penganjur perhimpunan yang dilabelkannya sebagai haram tersebut.

"Saya sangat kecewa semalam Dr Mahathir hadir Bersih dan Dr Mahathir bersekongkol dengan Bersih," kata beliau sewaktu berucap pada mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Sungai Besar pagi ini.

Salleh turut menyifatkan Dr Mahathir memberi galakan yang tidak sihat kepada masyarakat apabila menggalakkan rakyat turun ke perhimpunan Bersih 4.

"Tun Dr Mahathir turun ke perhimpunan itu semalam sebagai seorang patriotik. Sepatutnya beliau tidak seharusnya berbuat demikian.

"Walaupun beliau hanya turun 10 minit beliau mengatakan teruskan teruskan. Ertinya beliau menggalakkan budaya seperti ini. Budaya seperti ini bukan budaya kita," kata beliau kepada pemberita pada satu sidang media hari ini.

Katanya, meskipun Malaysia mengamalkan demokrasi dan bebas meluahkan pendapat namun turun ke jalan raya bukanlah satu cara yang sesuai.

"Ya, kita bebas memberi pendapat tapi kita tidak boleh menggalakan orang berbuat demikian. Anak anak kecil kita tengok. Apakah ini budaya kita? Tidur di tengah jalanan?" katanya lapor The Malaysian Insider


... Tapi Datuk.. dah kaya raya tapi minta derma pun bukan budaya kita...


No comments:

Post a Comment

ad banner