Sunday, 23 August 2015
HAPRAK ! Kisah Benar Anak paksa ibu beli iPhone 6 Plus 64GB untuk dihadiahkan kepada kekasihnya !
Baru umur 15 tahun dah melakukan perkara macam itu kepada orang tuanya bayangkan apabila besar nanti bagaimana yang dilakukan kepada ibunya.
Berikut adalah perkongsian seorang pekerja di kedai telefon yang melihat perkara itu.
Semalam, aku dapat seorang customer, seorang anak dan ibunya datang. Ibu dia sakit kaki, macam tak berdaya nak berjalan. Aku pun berikan layanan.
Aku:- Assalamualaikum makcik, kami ada set handphone, laptop dengan barangan rumah. Ada tiga cara bayaran, cash, kad kredit dan ansuran mudah.
Ibu:- Kalau ansuran mudah macam mana cara dia?
Aku:- Kalau ansuran mudah, sediakan penyata gaji, salinan kad pengenalan dan penyata bank. Kalau malas nak pergi bank buat penyata bank, bagi je nombor akaun, saya buatkan penyata bank. Makcik nak apa, saya kirakan sekali bayaran bulanannya. Paling maksimum bayaran boleh sampai tiga tahun saja.
Anak:- Okay bang, berapa eh sebulan untuk iPhone 6 Plus 64GB dengan Samsung Note 4?
Aku:- *terus ambil kalkulator kira* Okay, kalau dua handphone, RM296 untuk sebulan selama 3 tahun. (Sambil tersenyum aku tengok, muka makcik itu yang macam resah. Aku tahu makcik tu orang susah).
Anak:- Okay, Ibu jadi eh? Boleh eh?
Ibu:- (Hanya mampu mengangguk mengikut kehendak anak dia)
Aku:- Beli handphone sampai dua, satu siapa punya? Umur adik berapa?
Anak:- Yang Samsung Note 4 itu saya punya, yang iPhone 6 128GB tu saya nak hadiahkan kepada makwe saya bang. Minggu depan hari lahir dia. Umur 15.
Aku:- (Mengucap dalam hati, sambil geleng kepala. Ya Allah, macam ni sekali anak dia buat kat Ibu dia? Ibu dia yang bayar bulan-bulan, senang-senang je anak bagi kat makwe dia).
Ibu dia terus keluarkan dokumen, aku tengok penyata gaji Ibu dia sebulan cuma RM950.
Aku:- Okay makcik, nanti saya proses. Dalam masa seminggu akan dapat jawapan lulus ke tak.
Ibu:- Okay, baik dik. Terima kasih. (Dengan wajah seperti pasrah dengan kehendak anak dia)
Aku:- Sama-sama makcik. Datang lagi.
(Aku senyum dengan rasa bersalah tengok keadaan Ibu dia yang kaki tempang berjalan keluar). Ya Allah macam nak menangis tengok.
Subhanallah...kuatkanlah dirimua engkau wahai si Ibu moga tempatmu di sana nanti dikalangan orang-orang beriman...
REAKSI NETIZEN FACEBOOK :
kesian betul saya baca...tak bergunalah punya anak..sedangkan ibunya penat lelah bekerja tp sedap2 je anaknya buat dia macam tu..akun dulu habis spm baru dpt hp... - Malaikat Tanpa Identiti
mak pon tk bantah ke... biar dia mnanggis skarg dari kita mnanggis kemudian.. ya allah lebih gaji nk mkn ape skrg dh le brg mahal.... - Siti Abidah
@Siti Abidah mcm mne nak bantah.. zaman skarang.. anak boleh dera mak tau. Byk sgt dh kes mcm tuu.. klau tak di turut.. haa siap la tengking2 marah2.. - Siti Sara Aisyah Mustapha
Kesian tgok mak cik tu.. msih lagi ke byr bulanan phone tu yee?? Klau la sye jd kakak si budak tu.. memang dh kene pelempang. Skarang bruk nak myesal gf die tggalkan die ..iphone tu bak lari gf die. Lebihkan gf dr mak die. Ingt gf die tu yg lahirkan die ke? Ingat gf tu ke yg knl sgt dgn die dr kcik.. bweeekk! Skit ati btol la dgn budak tu eee.. -Siti Sara Aisyah Mustapha
bahaya couple, sggp bt apa saja utk psangan,,shinggakan kita boleh mlupakan org yg mlahirkan kita...kalau putus dsebbkan prempuan tu,,aku rsa laki ni msti frust,,boleh jadi gila.... aku ksian dkat mak cik ni,, dpat kat aku anak mcm ni mmg kena ajar skit... ibu dia sygkan dia smpai sggp bgi apa saja,,tu pun msih melebihkan awek,, bnda yg x jelas.. - Ahmad Nasrullah
@Ahmad Nasrullah ade yg ckp...Sebulan kemudian mereka pun berpisah kerana makwe dia ada lelaki lain. Makcik masih bayar hutang sebab makwe dia larikan diri dengan lelaki tersebut. Pastu anak makcik kemurungan, bakar rumah. Sad ending. - Siti Sara Aisyah Mustapha
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment