Dalam 1Malaysia riuh rendah bercakap tentang isu 'Derma RM2.6 Billion' yang disalurakn ke dalam akaun Najib tu.. tiba-tiba muncul pulak isu DEIG..
Laksana orang mengantuk disorongkan bantal kerana dah ketandusan isu, terus disambar pemimpin UMNO dan macai-macainya termasuk TV3 untuk dijadikan isu bagi menyerang pihak pembangkang pula..
Sedangkan pada awalnya Tan Sri Khalid hanya membangkitkan soal ketelusan DEIG ini..
Tubuhkan pasukan Petugas Khas bagi menyiasat.. macam pasukan Petugas Khas yang menyiasat 1MDB tu.. kalau benar Azmin bersalah.. penjarakan dia.. ada aku kisah?
Masaalahnya nak siasat macam mana.. DEIG belumpun beroperasi lagi...
Baca ni..
Oleh Zakaria Adam
Malaysia digemparkan lagi dengan skandal terbaru. Kali ini membabitkan syarikat pelaburan milik kerajaan negeri Selangor, Darul Ehsan Investment Group (DEIG).
Isunya timbul apabila ia dibangkitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) yang lalu apabila beliau mempertikai ketelusan DEIG.
Beliau mendakwa kegiatannya disorok di bawah Menteri Besar Incorporated (MBI) kerana takut diaudit.
Penubuhan itu turut dipertikai oleh pemimpin (Barisan Nasional) BN, khususnya di Selangor, yang bimbang dana milik kerajaan negeri disalah guna oleh DEIG.
Menurut Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, semua dakwaan itu tidak berasas sama sekali kerana masih belum ada sebarang transaksi dibuat dan DEIG masih sebuah syarikat bernilai RM2.
Kaji kewujudan DEIG
Prinsip utama DEIG ditubuhkan adalah untuk menyelaraskan dan menyatukan aset dalam MBI yang memiliki 12 anak syarikat bernilai RM6.3 bilion dalam bentuk tanah dan hartanah. Dulu kita ada State Secretary Incoprated (SSI) yang menguruskan aset kerajaan negeri.
Pada tahun 1994 kerajaan negeri tak berupaya, maka SSI dipindah kepada MBI dan matlamat masih sama. Sepanjang penubuhan MBI kesemua anak syarikat gagal beri pulangan dan bayar dividen pada kerajaan negeri.
Apakah ini perlu diteruskan dalam keadaan mereka punya aset besar tetapi tidak boleh bagi pulangan kepada kerajaan negeri, sedangkan pulangan itu penting untuk kita teruskan pembangunan negeri.
Kegagalan cipta nilai baru dan nilai tambah pada hartanah tersebut oleh State Secretary Incoprated (SSI) dan menyebabkan kerugian besar pada negeri.
Matlamat kita menubuhkan DEIG adalah untuk menguruskan pelaburan dari 12 anak syarikat itu secara profesional dengan tujuan mencipta nilai tambah pada aset sedia ada.
Peranan DEIG
DEIG entiti baru yang berperanan untuk terlibat dalam pelaburan aset kerajaan negeri. Sebagai contoh ada tiga anak syarikat di bawah MBI dalam bidang yang sama iaitu hartanah. Sudah tentu ada persaingan, maka kita gabungkan menjadi entiti di bawah DEIG dan dibentuk dalam beberapa kluster.
Salah satunya adalah hartanah , pendidikan, kesihatan dan Unisel akan diletak bawah pendidikan, anak syarikat berkenaan akan terlibat untuk dapatkan hasil untuk biayai universiti. DEIG akan diuruskan secara profesional.
DEIG sudah beroperasi?
DEIG belum beroperasi hanya akan beroperasi pada suku tahun pertama 2016, DEIG tidak ada aset maka dakwaan DEIG syarikat RM2 uruskan aset RM6.3 bilion adalah satu pembohongan dan fakta yang salah.
DEIG ditubuhkan Mei 2015, pada peringkat awal memang ada dua pemegang saham iaitu CEO dan COO MBI kerana akhirnya DEIG akan dimiliki oleh MBI. Dalam mana pembentukan syarikat memang perlukan dua orang pemegang saham, untuk daftar nama syarikat. Dua bulan kemudian, pada Julai 2015 DEIG telah menjadi milik penuh MBI.
Fakta pertama saya hendak tegaskan adalah tidak benar DEIG dimiliki oleh dua individu kerana saya telah serah sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada Jawatankuasa Pilihan Mengenai Agensi, Badan Berkanun dan Anak Syarikat (JP-ABAS).
Faktanya sekarang DEIG dimiliki penuh oleh MBI.
DEIG belum beroperasi, jadi apakah yang sedang dilakukan ketika ini?
Kita hanya akan beroperasi tahun depan, kerana matlamat kita dari tahun penubuhan hingga hujung tahun ini kita akan perkemaskan urus tadbir korporat kerana kita mahu DEIG ini diurus dengan prinsip ke bertanggungjawab, ketelusan dan mesti diikat dan dikawal dengan peruntukan undang-undang yang jelas.
Kita sedang berbincang dengan penasihat undang-undang segala aktiviti dan penyata kewangan DEIG boleh diteliti dan disemak oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC). Saya juga sudah umumkan bahawa Jawatankuasa Pilihan Negeri boleh memanggil pada bila-bila masa panggil DEIG untuk beri keterangan.
DEIG dimiliki oleh MBI maka sebarang aktiviti dan pelaburan kemudian akan terkandung dalam akaun yang disatukan di bawah MBI dan di bentang pada sidang Dun. Itu antara contoh perbezaan kita dengan Khazanah milik kerajaan.
Rasional Sisatan SPRM ke atas DEIG
Jadi apa rasional pelbagai pihak mendesak SPRM menjalankan siasatan terhadap DEIG sedangkan DEIG belum beroperasi hanya akan beroperasi pada suku tahun pertama 2016?
Hari ini di dalam Mingguan Malaysia menerusi ruang Awang Selamat pelbagai pihak mahu perkara itu disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selain Barisan Nasional (BN) dijangka memohon semakan kehakiman bagi membatalkan DEIG.
Janganlah kita jadikan siasatan SPRM sebagai isu untuk berpolitik. Ingatlah semua, SPRM adalah sebuah badan yang bebas, telus dan profesional.
Sebagai Anak Malaysia, saya meneyeru semua pihak agar berfikiran waras berhubung isu DEIG ini. Jangan jadi pak lawak untuk cakap benda yang kita sendiri tidak fahami… Jangan samakan situasi DEIG dengan SRC mahupun 1MDB…ni semua adalah perkara yang berbeza sama sekali.
Ada akal fikirkanlah bersama. Jangan dayuskan fikiran masyarakat lain.
No comments:
Post a Comment