Tahniah diucapkan kepada pelakon Sheera Iskandar dan juga suami, Doul Harun yang sudah pun selamat bergelar suami isteri pada 22 Ogos 2015. Melalui perkongsian gambar di Instagram, pasangan ini kelihatan sedondon dan manis sekali.
Sebelum ini, pelakon ini pernah mendedahkan bahawa dia tidak pernah bercinta dengan Doul malah mereka sendiri kali terakhir berjumpa adalah empat tahun yang lalu.
“Semuanya berlaku dengan pantas, dia datang merisik, ibu saya suka dan terima. Saya pula tidak menolaknya kerana saya pernah berdoa kepada Allah supaya temukan saya dengan jodoh dengan segera supaya saya tidak perlu berkawan lama atau menjalinkan hubungan cinta dengan dia,” katanya sebelum ini.
SM doakan semoga mahligai yang dibina ini kekal hingga ke akhir hayat. Buat peminat Sheera, SM ada sertakan beberapa lagi gambar buat tatapan anda.
No comments:
Post a Comment