Thursday, 2 July 2015

[WAJIB BACA] ROSMAH MANSOR : " SAYA TIDAK AKAN BENARKAN NAJIB RAZAK BERUNDUR "




Umumnya ramai yang tahu bahawa Rosmah adalah satu-satunya isteri Perdana Menteri yang aktif dalam pelbagai persatuan dan juga program tidak seperti isteri perdana menteri yang sebelum ini .
Namun , disebalik kelincahan beliau ,ramai yang tidak suka akannya .

terbaru , seorang Tokoh wartawan, Datuk A Kadir Jasin menolak cadangan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah agar seseorang perdana menteri dipilih secara terus oleh pengundi.

Kadir berkata, perlembagaan negara tidak membenarkan perdana menteri dipilih dengan cara itu dan itu bukanlah satu masalah.

"Masalah kita bukan dengan perlembagaan, (masalah itu) bukan mengenai jawatan PM.

"Masalahnya, kita ada (Datuk Seri) Najib Razak sebagai PM kita, yang tidak mahu meletak jawatan kerana percaya beliau masih dapat sokongan majoriti...

“Beliau tidak akan dibenarkan untuk menyerah dan meletak jawatan oleh orang di sekelilingnya, terutama isterinya (Datin Seri Rosmah Mansor),” kata Kadir.

Dalam tulisan di blog kadirjasin.blogspot.com itu, Kadir juga menjelaskan bahawa Tengku Razaleigh tidak bermaksud bahawa pemilihan perdana menteri itu mengikut cara sebuah negara republik.

Beliau juga memberi peringatan kepada pihak yang mengulas isu tersebut supaya berhati-hati kerana ia boleh menyentuh ruang hasutan.

Mengikut konvensyen, perdana menteri Malaysia dilantik dari kalangan MP yang mendapat kepercayaan ahli Dewan.

Pelantikan itu dibuat oleh ketua negara, Yang di-Pertuan Agong  Perdana Menteri Malaysia atas perkenan baginda.

Apapun, kami rakyat mengharapkan Malaysiakekal aman dibawah pimpinan PM

No comments:

Post a Comment

ad banner