Wednesday, 29 July 2015
Kadir Sheikh Fadzir Bidas Pihak Rakam Dan Sebar Video Perbualan Bekas TPM
Petaling Jaya: Berikutkan tersebarnya rakaman video secara rahsia bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Seri Muhyiddin Yassin yang bercerita tentang perbualannya dengan Perdana Menteri di mana Najib mengaku terdapat RM2.6 bilion di dalam akaun peribadinya telah membuatkan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir kecewa.
Beliau membuat kenyataan membidas pihak yang menyebarkan video perbualan berkenaan kerana semua yang berada di situ sudah di beri amaran supaya tidak merakam perbualan berkenaan.
BACA: VIDEO: Muhyiddin Kata PM Mengaku Ada RM2.6 Bilion Dalam Akaun
Tindakan merakam video peribadi tersebut adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab dan tidak beretika.
“Itu hanyalah perbualan peribadi di antara saya dan dia (Muhyiddin) mana boleh dirakam kemudian disebarkan. Apa-apa sahaja perbualan peribadi, adalah tidak baik untuk kita dedahkan kepada orang ramai.
“Memang saya ada dalam video itu, tetapi saya tidak mahu komen mengenai perkara itu. Tindakan curi-curi rakam perbualan peribadi kemudian sebarkan pula adalah tindakan yang tidak baik,” katanya dipetik FMT.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment