KUALA LUMPUR 3 JUN 2015: Pelakon Izzue Islam telah meraikan ulang tahun kelahirannya ke 25 di Shah Alam semalam yang turut dihadiri kelab peminat, rakan media, saudara mara dan rakan taulan.
Majlis berlangsung secara sederhana tetapi meriah, Izzue amat terharu dengan sambutan yang dibuat dan amat bersyukur rezeki yang dilimpahkan oleh-Nya.
Ketika ditanya mengapa memakai Maskot Bunny, dengan tersenyum Izzue menjawab, isterinya Awin gemar melihat mascot di mana-mana sahaja dan berasa ia amat comel.
“Awin memang suka tengok maskot, dia selalu memuji-muji kecomelan mascot itu, jadi saya menyamarlah jadi Bunny untuk hargai usaha dia selama ini.
“Isteri saya banyak membantu saya, terutama dalam kerjaya lakonan dan nyanyian, kiranya saya jadi Bunny antara cara untuk mengembirakan hatinya,” ujar Izzue sambil tersenyum kepada portal Murai.com.my
Dalam pada itu, Izzue turut menghadiahkan seutas rantai kepada Awin sebagai simbolik kasih dan sayang sebagai suami isteri.
No comments:
Post a Comment