Monday, 29 June 2015

Inilah hukuman yang dijatuhkan kepada ibu tiri dan ayah Zuliana Zaara, kanak-kanak 5 Tahun yang didera

Ibu tiri dan bapa kandung kepada Nur Zuliana Zaara Zulkifli, 5, yang disyaki terlibat dalam kes dera kanak-kanak malang itu direman empat hari bermula hari ini.

Perintah reman itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Sesyen dan Majistret di sini, Rashid Mustapa.

Terdahulu, suri rumah berusia 25 tahun serta suaminya, pemilik kedai aksesori kereta berusia 39 tahun tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Pasir Mas pada pukul 8 pagi.

Kedua-dua mereka yang memakai baju lokap berwarna jingga kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas sebaik sahaja perintah reman dikeluarkan kira-kira pukul 11 pagi.

Sementara itu, peguam Mohd. Ridzuan Muhamad yang mewa­kili kedua-dua suspek berkata, pihak­nya akan mengemukakan permo­hon­an kepada mahkamah untuk me­ngurangkan tempoh reman suspek wanita terbabit yang masih menyusukan bayinya berusia 11 bulan.

“Ini kerana anak kepada wanita berkenaan tidak sihat dan demam, malah dia memberikan kerjasama yang baik kepada pihak polis,” katanya.

Ketua Polis negeri, Datuk Mazlan Lazim dalam satu kenyataan pula memberitahu, pasangan itu ditahan pukul 9 malam tadi di sebuah restoran di Jalan Bayam, Kota Bharu dan direman sehingga 2 Julai ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001.

“Kita mendapatkan perintah reman mereka untuk membantu siasatan berhubung kejadian dera seorang kanak-kanak berusia lima tahun yang kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II,” katanya di sini hari ini.


Kejadian dera membabitkan Nur Zuliana Zaara atau nama panggilannya, Yaya terbongkar selepas ibu kandungnya yang mengambil alih hak penjagaan mendapati badan kanak-kanak itu dipenuhi parut dan kesan lebam, selain keadaan fizikalnya yang lemah, Rabu lalu.

Pemeriksaan lanjut mendapati Yaya mengalami kecacatan kekal akibat kecederaan patah 13 di bahagian rusuk, tulang belakang serta pinggul yang sembuh sendiri tanpa menerima rawatan sempurna dalam tempoh tiga hingga enam bulan.

Hari ini, kanak-kanak itu juga terpaksa menjalani pembedahan bagi merawat masalah usus kecilnya yang berpintal, dipercayai akibat dipukul dengan kuat.


No comments:

Post a Comment

ad banner