Friday, 5 June 2015
GEMPA BUMI: Lima Pendaki Dikhuartiri Terkorban Di Gunung Kinabalu
KOTA KINABALU: Kebimbangan nampaknya semakin meningkat apabila dikhabarkan lebih dari 100 orang pendakai terperangkap di Gunung Kinabalu.
Memetik laporan portal The Star, pegawai terlibat bagaimanapun masih belum mengeluarkan angka rasmi di mana dikatakan sekurang-kurangnya lima orang pendaki telah terkena jatuhan batu semasa gempa bumi terjadi lebih kurang satu minit.
Pasukan bomba dan polis termasuk skuad anjing pengsan telah dilihat menuju ke kawasan pendakian terdsebut manakala helikopter sedang berusaha untuk mengangkut pendaki terkandas.
Kebanyakan pendaki telah mula menuruni Gunung berkenaan yang berketinggian 4,095m sebelum matahari terbit apabila gempa bumi melanda pada 07:17 pagi tadi.
Dengan batu-batu granit telah bergolek ke bawah kerana gegaran kuat. Dilaporkan juga bahawa dua chalet di Panar Laban dan Laban Lata telah musnah teruk dan mereka amsih menyiasat tahap kerosakan.
Laporan awal daripada Jabatan Perkhidmatan Meteorologi Malaysia mengesahakan gempa bumi berukuran 5.9 magnitud telah melanda Ranau pagi tadi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment