Tuesday, 12 May 2015

Wowwww !!! Fahrin Ahmad Sanggup Tunggu Isteri Sampai Pukul 3 Pagi


Isteri kepada pelakon Fahrin Ahmad, Elena Hani Eleas sedia untuk meninggalkan kerjayanya sebagai ketua pramugari syarikat penerbangan antarabangsa Emirates Airlines demi suaminya... Fahrin dan Elena sah bergelar pasangan suami isteri pada sebuah majlis pernikahan yang berlangsung Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara pada 9 Mei lalu...

Saya sudah lapan tahun berkhidmat sebagai pramugari dan berpangkalan di Dubai... Sebelum ini saya bekerja sebagai seorang peguam... Buat masa ini, selepas bergelar isteri, saya masih lagi meneruskan kerjaya saya. Tetapi selepas ini, saya sendiri sudah bersedia melepaskan kerjaya saya... Saya sudah sedia berhenti kerja demi suami ujar Elena....

Ketika ditanya apakah ciri-ciri yang ada pada Fahrin sehingga membuatkan dirinya terpikat,,, Elena mendedahkan yang dia gemar dengan sikap pelakon filem Pilot Cafe ini yang sentiasa mahu menjadi diri sendiri...

Mengenali Fahrin,,, dia adalah seorang yang ikhlas.,,, Saya mengenalinya sebagai seorang individu, bukanlah sebagai seorang selebriti atau pelakon... Saya mengenalinya dengan cara begitu,,, dia menjadi dirinya sendiri... Mengimbas kembali cara kami mengenali diri masing-masing dengan lebih rapat,,,Dia selalu menunggu saya... Selalunya, saya sentiasa sibuk mengembara ke sana sini dan kami hanya berhubung menerusi Skype. Kadang-kadang dia selalu menanti saya sehingga jam 3.00 pagi selepas saya pulang kerja semata-mata mahu membuat panggilan Skype dengan saya,,,Ujarnya lagi.... Kehidupan dengan status isteri kepada seorang selebriti,,, Elena menyatakan yang dia sudah bersiap siaga untuk menghadapi kontroversi jika perkara itu muncul satu hari nanti...

Saya sudah memahami kehidupan sebagai seorang selebriti kerana Fahrin telah menceritakan segala-galanya... Saya sedar yang artis tidak boleh lari dari kontroversi, gosip dan sebagainya. Tiada keraguan, saya sudah bersiap sedia untuk menempuh perkara itu dengan Fahrin,,,ujarnya mengakhiri perbualan....

No comments:

Post a Comment

ad banner