'Vaporising' kini menjadi trend di kalangan masyarakat pelbagai usia dan bangsa.
"Sebenarnya vaporising diperkenalkan di negara kita kira-kira 3 tahun lalu. Saya pula mula menjualvaporisers sejak setahun lalu, ketika itu tiada kedai, berniaga di atas meja kedai mamak atau di atas bonet kereta. Produk diimpot dari luar negara dan kemudian dijual kepada rakan-rakan berminat," ujar Norsalehin Ismail.
Norsalehin, 32 tahun, anak kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang, graduan lulusan Universiti Teknologi Malaysia dalam bidang kejuruteraan sivil.
Kini, dia mengusahakan kedai Vaperinside.com, mula beroperasi pada 27 Januari 2013.
"Majoriti vaporisers diimpot dari China, United Kingdom, Filipina, Amerika Syarikat, Korea dan menghisap vaporisers sekarang ini dianggap amat popular di kalangan masyarakat," kata ayah kepada seorang anak lelaki itu lagi.
Di kedai sama, saya bertemu pelanggan, Fadhlur Rahman Abd. Raffar, 37 tahun dan Mohd Rasis Idris, 39 tahun.
"Vaporiser tidak mengeluarkan asap beracun seperti rokok. Ia mengeluarkan wap air. Justeru tiadasecondary smokers. Malah bau wap air itu wangi. Tadi saya menonton wayang G.I Joe sambilvaporising, tiada masalah," ujar Mohd Rasis.
Anak kelahiran Jitra, Kedah itu mula menggunakan vaporiser sejak 2 hari lalu.
Harga vaporiser, menggunakan tenaga bateri, dipasarkan di kedai ini di antara RM150 dan RM1,5000, tertakluk kepada fungsi dan kesempurnaan proses pembakaran.
Vaporiser buatan Greek dilaporkan termahal di pasaran dunia.
"Tank (bekas cecair) sahaja mencecah harga di antara RM800 dan RM1,000. Itu pun sukar untuk dapat. Harga lebih dua ribu ringgit kerana buatan tangan, high-end. Kalau kita pesan sekarang, dijangka akan dapat pada tahun 2015. Biarpun berharga mahal, permintaan tinggi," kata Norsalehin.
Berikut gambar vaporiser buatan Amerika Syarikat, berharga RM1,200.
"Cecair digunakan tidak mengandungi campuran tar dan racun lain seperti kandungan rokok. Penghisap boleh memilih cecair samada mengandungi nikotin atau tidak mengikut kehendak mereka. Ada cecair mengandungi kosong nikotin, 9 atau 11 miligram nikotin. Antara kandungan lain cecair, minyak sayur-sayuran dan perisa," jelas Norsalehin.
Cecair ditawarkan dengan rasa berbeza, buah-buhan citrus, anggur, kopi, blueberry, coca-cola, mocca, kapucino, vanilla dan puluhan lagi perisa untuk dipilih. Menurut Norsalehin, pelanggan wanita lebih gemarkan cecair berperisa epal dan srawberi.
"Ada kesan sampingan ke jika menghisap vaporiser?," soalan saya ajukan.
"Saya baru balik berjumpa doktor peribadi. Dia kata, apapun kita lakukan, usah keterlaluan Kalau penghisap rokok contohnya, habis sebatang, dia berhenti buat seketika. Menghisap vaporiser juga harus berdisiplin. Jangan pula dihisap bertali-arus, tanpa henti hanya kerana bateri belum habis. Tindakan itu mungkin boleh mengakibatkan sebu dada," jawab Rahman yakin.
"Di manakah vaporiser boleh dihisap?," tanya saya.
"Di banyak lokasi, seperti restoran makanan segera, pusat membeli-belah dan lapangan terbang, kecuali di dalam pesawat. Orang ramai harus faham sekaligus menerima kenyataan, vaporiser tidak mengeluarkan asap, hanya wap air tanpa racun dan wangi," balas Rahman.
Setiap pelanggan ditawarkan pelbagai pilihan.
"Body vaporisers sahaja ada 15 jenis, tangki 10 jenis, tips banyak, pelbagai harga dan warna. Pembaca Mazidulakmal.com berkunjung ke kedai saya akan diberikan diskaun minima 5% daripada jumlah harga barangan dibeli. Sebelum menjelaskan bil, pelanggan hanya perlu memaklukkan juruwang, "saya pembaca blog Mazidul", itu sahaja. Kalau lebih banyak barang atau akesori dibeli, jumlah diskaun akan ditambah," jelas Norsalehin.
Saya difahamkan, sebilangan besar pengguna vaporiser berjaya meninggalkan tabiat buruk menghisap rokok.
Vaperinside.com beroperasi setiap hari di antara jam 12 tengahari dan 10 malam, termasuk Sabtu dan Ahad.
Norsalehin dibantu oleh Azhan Jamel, berasal dari Kajang, Selangor.
"Selepas cerita ini masuk di blog, ramai agaknya anak dara akan berkunjung ke sini," Norsalehin mengusik pekerjanya bertatus bujang pada usia 32 tahun itu.
Semoga bertemu jodoh!
C-G-05, Block C, Ritze Perdana 2, No 3, Jalan PJU 8/1, Bandar Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor.
Hubungi 012 3818 445.
No comments:
Post a Comment