Sunday, 31 May 2015

Taniah Alif Satar Kini Bergelar Ayah , isteri hamil berusia…





PETALING JAYA: Pengacara dan penyanyi, Alif Satar hari ini secara rasminya bergelar seorang ayah setelah menyambut kelahiran puteri sulungnya kira-kira jam 9.28 pagi tadi.

Isteri Alif Satar, Shadila Halid, 31, melahirkan anak perempuan seberat 3.24 kg secara normal di Pantai Hospital Kuala Lumpur.

"Alhamdulillah saya sangat bersyukur dan amat teruja kerana saya sendiri yang menyambut kelahiran puteri sulung saya dan memotong tali pusatnya.

"Semua berjalan dengan lancar, syukur kerana isteri saya selamat melahirkan puteri sulung kami ini," katanya memetik laporan dari mStar Online.

Alif dan isteri menamakan anak sulung mereka Alisha Anugerah yang bermaksud dilindungi oleh Tuhan.

Pasangan tersebut mengikat tali perkahwinan pada 15 September tahun lepas. -Siakapkeli.my

No comments:

Post a Comment

ad banner