Cerita
ini di sampaikan oleh seorang bekas banduan tentang pengalaman beliau
melihat sendiri ketua pembangkang Anwar Ibrahim di dalam penjara Sg
Buloh.
Sulaiman
Ajik baru sahaja dibebaskan selepas dipenjara enam bulan kerana tuduhan
mencuri. Sulaiman Ajik telah berkongsi cerita dan pengalamannya bersama
Anwar Ibrahim.
Ini komen Sulaiman:
Kali pertama Lihat Anwar
“Kali
pertama melihat Anwar di dalam sel waktu itu, saya cukup sayu dan
sedih. Tidak dapat digambarkan bila seorang pemimpin seperti beliau
meringkuk di penjara dalam keadaan sedemikian rupa.
“Tapi
beliau tidak mudah patah semangat. Dalam penjara pun, beliau selalu
beri kata-kata semangat pada semua banduan-banduan lain,”
Baca Al-Quran, Jadi Imam
Anwar Ibrahim dikatakan menjadi imam ketika bersolat kepada banduan dan juga petugas di sana. Malah Anwar juga memberi tazkirah.
“Beliau
langsung tidak menyentuh isu politik, semua pengisian adalah berbentuk
nasihat dan bagaimana mahu menjadi manusia yang baik dan berguna kepada
manusia.
“Tetapi
yang menariknya apabila Anwar memberi tazkirah, para banduan
seolah-olah terpaku dan sentiasa ternanti-nanti pada esoknya apa yang
ingin Anwar sampaikan,”
Anwar Ibrahim Sakit Belakang
“Tetapi
yang sedihnya hanya tilam nipis sebagai pengalas perbaringan. Untuk
bantal pula atas inisiatif banduan-banduan yang lain yang mengumpulkan
lipatan kain dan dimasukkan ke dalam sarung sebagai bantal untuk Anwar
tidur,”
Anwar Ibrahim juga sering menyanyi lagu Azizah.
Anwar Ibrahim juga sering menyanyi lagu Azizah.
Apapun,
hanya Allah swt yang tahu siapa yang betul dan siapa yang salah. Semoga
keluarga Anwar Ibrahim tabah menghadapi dugaan ini.
sumber: http://www.keadilandaily.com
No comments:
Post a Comment