Tuesday, 19 May 2015

Rokok elektronik boleh cetus kebakaran dalam pesawat


FAA mencadangkan penumpang membawa bersama rokok elektronik ke dalam kabin pesawat, bukannya disimpan dalam bagasi di ruang kargo, bagi mengelakkan kebakaran ketika penerbangan.
WASHINGTON – Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat memberi amaran, rokok elektronik yang disimpan dalam bagasi di ruang kargo boleh mencetuskan kebakaran dalam pesawat.
“Beberapa insiden di dalam dan luar industri pengangkutan menunjukkan, rokok elektronik terlampau panas atau terbakar, apabila unsur pemanasan diaktifkan secara tidak sengaja,” demikian menurut amaran keselamatan yang dikeluarkan FAA kepada syarikat penerbangan, pada Jumaat.
Sehubungan itu, FAA mencadangkan penumpang membawa bersama rokok elektronik ke dalam kabin pesawat, bukannya disimpan dalam bagasi di ruang kargo yang mungkin boleh mencetuskan kebakaran ketika penerbangan.
“Agensi menggalakkan syarikat penerbangan memaklumkan dasar baru ini kepada penumpang melalui laman sesawang, kenyataan media atau ketika pembelian tiket dan proses mendaftar masuk,” demikian menurut kenyataan itu. TRP

No comments:

Post a Comment

ad banner