Tuesday, 19 May 2015

Panas! Gadai Tubuh Dan Maruah Asal Puas Nafsu!


Kuala Lumpur: Penggunaan Internet tanpa batasan ditambah pula dengan pemikiran bahawa wang adalah segala-galanya, mengaburi mata anak muda hingga sanggup menggadaikan maruah diri dalam mencari keseronokan hidup.

Pakar Psikologi Kaunseling, Prof Dr Mohamed Fadzil Che Din berkata, faktor berkenaan adalah punca kematangan fikiran dan nilai murni dalam diri anak muda hari ini semakin terhakis hingga sanggup membelakangkan agama.

“Realiti kehidupan pada masa kini sememangnya semuanya memerlukan wang, memang diakui desakan keperluan itu memancing anak muda untuk hidup bermewah dan mengejar keseronokan dunia semata-mata.

“Sikap sebegini mudah menghasut pemikiran anak muda apabila nilai dalam diri sudah lompong dan wujudnya nilai baru yang anti tradisional seperti budaya kebaratan serta nilai hiburan yang melampau.

“Malah, seiring dengan perkembangan teknologi dan Internet yang digunakan meluas tanpa panduan dan batasan juga mengakibatkan golongan muda mudah terpengaruh dengan bermacam-macam kaedah untuk hidup mewah sedangkan penggunaan medium itu seharusnya dimanfaatkan untuk kebaikan,” katanya mengulas ‘Money Boy’ menawarkan khidmat kepada kaum sejenis mahupun wanita melalui Internet.

Semalam Metro Ahad mendedahkan kegiatan segelintir lelaki muda tempatan dikesan aktif meraih pendapatan lumayan dengan menawarkan khidmat sebagai teman lelaki upahan atau ‘Money Boy’ sehingga ke hubungan ranjang.

Lebih menyedihkan, kegiatan tidak bermoral itu membabitkan penuntut universiti awam serta kolej selain golongan profesional dan kakitangan swasta dengan menawarkan khidmat termasuk sesi urutan dan seks yang dilakukan di hotel mahupun rumah.

Dr Mohamed Fadzil yang juga Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) berkata, masalah seumpama ini tidak harus dituding kepada golongan muda semata-mata sebaliknya semua pihak perlu berperanan untuk membetulkan keadaan

No comments:

Post a Comment

ad banner