Wednesday, 20 May 2015

Jangan letak rokok elektronik dalam bagasi



KUALA LUMPUR - Penumpang yang membawa rokok elektronik perlu meletakkannya di dalam beg yang dibawa naik pesawat, kata Malaysia Airlines (MAS) dalam satu kenyataan hari ini.

Peraturan baharu ini walau bagaimanapun tidak mengubah peraturan asal yang tidak membenarkan penumpang merokok di dalam kabin pesawat.

Menurut MAS, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) telah mengeluarkan amaran keselamatan mengesyorkan semua operator penerbangan memastikan rokok elektronik dibawa penumpang di dalam kabin dan bukannya di dalam bagasi di ruang kargo.

“Penumpang hanya dibenar membawa rokok elektronik ke dalam kabin penumpang bagi memastikan risiko keselamatan dapat dikenal pasti dan ditangani dengan segera sekiranya berlaku insiden tidak diingini,” kata MAS dalam kenyataan itu.

FAA berkata peraturan baharu itu susulan insiden kebakaran membabitkan rokok elektronik.

No comments:

Post a Comment

ad banner