Tuesday, 12 May 2015
Isteri Restu Hubungan Saya Dengan Effa Maembong - Boy Iman
PETALING JAYA: "Isteri saya restu hubungan saya dengan Effa Maembong," itulah kata-kata Boy Iman selepas kisah cintanya dengan Effa Maembong iaitu kaka kepada Emma Maembong telah terbongkar.
Hubungan yang dikatakan terjalin tiga bula lalu itu sebelum ini menerima kritikan ramai peminat.
Peminat mendakwa Boy Iman dan Effa sudah tidak tahu malu apabila menonjolkan kemesraan mereka di khalayak ramai sedangkan kes perceraian Boy Iman masih lagi dibicarakan di mahkamah dan statusnya sebagai suami orang masih lagi sah.
Kerana menerima kritikan tersebuy Boy Iman menjelaksan yang isterinya, Kumala Dewi Anas tidak menghalang hubungan tersebut malah merestui hubungan mereka berdua.
Boy atau nama sebenarnya Norul Iman Abd Rahman, 35, berkata, kerana penerimaan iesterinya tersebut menyangkal dakwaan orang ramai kononnya isterinya mahu bercerai kerana dia curnag.
"Isteri tahu saya sedang berkawan dengan Effa dan mereka pernah bertemu semasa anak kami dimasukkan ke hospital dan isteri menerima kehadiran Effa dengan baik.
"Paling mengejutkan saya, mereka berdua pula menjadi semakin akrab sejak pertemuan itu dan mereka juga pernah beberapa kali keluar bersama sehingga membuatkan saya keliru kerana isteri sepatutnya berasa marah terhadap saya,"
"Tetapi penerimaan Kumala terhadap Effa menjawab punca kami ingin bercerai bukan disebabkan kehadiran orang ketiga tetapi disebabkan masalah kewangan yang sedang kami hadapi seperti saya jelaskan sebelum ini," katanya dipetik mStar Online.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment