Baru-baru ini, Malaysia dikejutkan dengan penarikan sijil halal sebuah restoran terkenal, Secret Recipe kerana gagal mematuhi piawaian kebersihan yang serius.
JAKIM baru-baru ini membuat satu kenyataan bahawa sebuah restoran sushi terkemuka di negara ini, Sushi King, tiada status halal.
JAKIM membuat kenyataan itu melalui Twitter rasminya, @JAKIM_Official, setelah soalan mengenai status halal Sushi King dikemukakan oleh seorang pengguna Twitter, @iFaraAidi.
"@iFaraAida Sushi King tiada status halal setakat ini.", tulis JAKIM di tweet tersebut.
Menurut FAQ dari Sushi-King.com pula mengenai status halal JAKIM mereka, sememangnya mereka tidak mempunyai sijil halal namun dalam masakan mereka hanya menggunakan daging ayam, lembu yang halal.
Selain itu menurutnya tiada penggunaan mirin yang mana mengandungi bahan beralkohol dan segala masakan adalah bebas dari daging babi.
Namun begitu seorang pekerja di sushi king mendedahkan bahawa ramuan yang digunakan di sushi king semenangnya produk tidak halal!
No comments:
Post a Comment