Wednesday, 13 May 2015

Gadis Dalam Tahanan Dakwa Seorang Anggota Polis Ugut Untuk Merogolnya Dan Video Akan Disebar


KUALA LUMPUR: Seorang gadis daripada 23 peserta himpunan #BantahGST yang telah ditahan oleh pihak polis pada 1 Mei lalu baru-baru ini telah mendedahkan bahawa dia telah diugut rogol oleh seorang anggota polis semasa di dalam tahanan.

Gadis tersebut, Maisara Amira Mohamad Asmadi  hari ini telah tampil dalam satu sidang media dianjurkan NGO Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower) bagi memberi kenyataan tentang kejadian dia telah diugut rogol oleh anggota polis hari itu.

Menurut Maisara dia bukan sahaja diugut rogol sebaliknya anggota tersebut mengugut akan merakam video dan rakaman kejadian tersebut akan dijual kepada orang ramai jika dia tidak memberikan kerjasama.

Kerana kejadian berkenaan, beliau telah membuat satu laporan polis di IPD Petaling Jaya pada 6 Mei lalu kerana berasa tidak selamat selain mahukan tindakan diambil terhadap pegawai polis terlibat.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar telah memberi respon terhadap kes ini menerusi Twitter memaklumkan bahawa kes berkenaan disiasat oleh pegawai dari IPK KL  menurut beliau setakat ini enam percakapan saksi telah dirakam.

Khalid turut memberitahu pihak polis kini menunggu Maisara untuk memberikan kerjasama.


Peguam Maisara, S. Sivamalar telah membalas tweet Khalid tersebut dengan menyatakan pihaknya dan anak guam belum menerima sebarang panggilan daripada IPK KL setakat pukul 8 malam, Selasa.

No comments:

Post a Comment

ad banner