Tuesday, 12 May 2015

Diana Rafar, Zamarul Hisham 'disatukan semula' Sabtu ini


Jodoh di antara pelakon Zamarul Hisham dan Diana Rafar masih kuat apabila kedua-duanya dilaporkan bakal disatukan sekali lagi pada 16 Mei ini.

Pasangan itu sebelum ini bercerai talak satu pada Januari lalu.

Diana menyatakan perpisahan selama empat bulan itu seolah ada sahaja yang tidak kena pada dirinya, apatah lagi dengan status ibu tunggal bukanlah satu perkara yang mudah.

“Mungkin jodoh kami masih kuat bersama, keputusan untuk rujuk semula adalah yang terbaik buat kami sekeluarga. Memandangkan saya dan Zamarul pernah bernikah pada 16 Mei 2009, jadi tarikh sama dipilih untuk rujuk semua. Doakan semoga segalanya dipermudahkan,” ujarnya.

Diana juga mengakui tempoh perpisahan itu digunakan sebaik mungkin untuk menilai rasa cintanya terhadap suaminya.

Malah Zamarul turut mendedahkan beliau mempunyai keyakinan bahawa jodoh mereka berdua masih panjang dan akan bertaut semula, namun menyerahkan hal itu pada masa. 

No comments:

Post a Comment

ad banner