Tuesday, 26 May 2015

Aidil Hanya Mampu Bayar RM20 Sehari Untuk Belanja Makan & Minum Bekas Isteri

Jika sebelum ini Aidi Zafuan ada memaklumkan bahawa bekas isterinya Rita Rudaini tidak layak menerima tuntutan mutaah seperti yang dipinta, kali ini kes tuntutan nafkah tertunggak.

Terbaru, Aidil mengakui hanya mampu memberikan RM20 sehari kepada Rita bagi perbelanjaan makan dan minum. Bukan RM50 seperti yang dipinta Rita.

Kalau kami RM20 sekali pergi speedmart dah habis hihi.

RM10 Lunch, Rm10 Dinner

Menurut laporan Harian Metro, Aidil berkata jumlah RM20 itu adalah RM10 untuk belanja makan dan minum bagi tengah hari serta selebihnya untuk makan malam.

Ketika ditanya mengenai kos perbelanjaan sarapan, makan petang dan makan lewat malam, Aidil memaklumkan Rita jarang makan selain tengah hari dan malam.

Peruntukan perbelanjaan makan dan minum bagi plaintif tidak melebihi RM1,000 sebulan, bukannya RM1,500 sebulan yang dituntut.
Tak Mati Tak Tengok Astro

Ketika ditanya mengenai kos perbelanjaan lain seperti bil langganan Astro, Aidil memaklumkan Astro bukanlah sesuatu yang wajib untuk dilanggan. Malah seseorang tak akan mati kalau tiada Astro.

Perbicaraan akan disambung semula pada 14 September. Apa-apa pun harap kemenangan di pihak yang benar.

No comments:

Post a Comment

ad banner