Wednesday, 13 May 2015
Ahmad Maslan Akui Dia Orang Paling Dibenci Di Malaysia, Tegaskan Apa Yang Dilakukan Adalah Demi Negara
KUALA LUMPUR: "Saya sedar, dilaman sosial orang panggil saya Ahmad Maslan 'bodo' serta kata-kata hina tetapi saya tidak kisah kerana apa yang saya buat ini adalah untuk kebaikan negara," tegas Ahmad Maslan.
Menurut beliau yang merupakan Timbalan Menteri Kewangan, dia akan terus mempertahankan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) biarpun pelbagai kritikan dan gelaran dilemparkan kepadanya.
"Di laman media sosial, orang memanggil saya Ahmad Maslan 'bodoh' serta kenyataan menghina yang lain tetapi saya lakukan ini demi negara."
"Disebabkan GST saya menerima pelbagai kecaman dan saya tahu ramai orang menggelar saya sebagai orang paling 'bodoh' di Malaysia." katanya.
Walaupun terlalu banyak cerita dan video 'simpati' muncul di laman sosial yang menyalahkan kerajaan kerana melaksanakan GST beliau tidak kisah.
"Saya akan terus berjuang untuk mengurangkan harga barangan dan seperti apa yang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kami akan terus memberi penjelasan,"katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment