Memetik laporan daripada Metro Ahad hari ini, pelakon yang dikatakan sedang bercinta dengan Shaheizy Sam iaitu Syatilla Melvin menjelaskan bahawa dia sudah bersedia menjadi isteri kerana percaya kehidupan lebih lengkap dan sempurna selepas kahwin.
Selain hubungan mereka direstui oleh ibu Sam sendiri, Mummy Kathy, Sam sendiri membuka mulut seakan-akan mengiakan bakal memilih Tilla sebagai suri hidupnya malah pasangan ini juga dilihat tampil di depan khalayak bersama.
“Setakat ini tiada perbincangan secara rasmi dilakukan keluarga kedua-dua pihak membabitkan majlis pertunangan mahupun pernikahan antara saya dan Sam. Saya tidak ada jawapan untuk setiap pertanyaan mengenai majlis tunang dan pernikahan kami”
“Bagaimanapun, tentu saya secara peribadi, andai perkara baik seperti itu berlaku, tidak akan menolaknya. Sebagai orang Islam, kita harus mendoakan yang baik-baik berlaku dalam hidup. Saya sendiri bersedia memikul tanggungjawab sebagai isteri,” jelasnya.
No comments:
Post a Comment