Tuesday, 12 May 2015

1MDB Pernah Hampir Cagarkan Gas Dan Minyak Di Laut Terengganu - Ahmad Said


KUALA TERENGGANU: Syarikat pelaburan milik kerajaan Persekutuan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum ini pernah cuba mencagarkan gas dan minyak yang berada di laut Terengganu.

Memetik laporan Sinar Harian, perkara ini didedahkan oleh bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said ketika di temuramah oleh wartawan

Menurut beliau, urus niaga untuk cagaran itu hampir berlaku semasa syarikat 1MDB itu mempunyai hubungan dengan Terengganu Investment Authority (TIA) semasa penubuhannya pada awal 2008.

Bagaimanapun is tidak diteruskan kerana terdapat beberapa masalah dan itu menjadi salah satu punca dia dimarahi Perdana Menteri dan beberapa kes lain menyebabkan beliau membuat keputusan untuk menarik diri.

“Buat masa ini saya tidak boleh menjawab isu ini. Saya menunggu masa yang sesuai. Tetapi, saya akui betul 1MDB asalnya TIA yang modalnya berbayar, saya bagi pihak kerajaan negeri yang membayar,” katanya.

Ahmad bagaimanapun menegaskan Terengganu waktu itu tidak mengalami sebarang kerugian kerana beliau sempat menuntut kemabali wang berjumlah RM1 juta yang digunakan sebagai modal berbayar.

1MDB telah menjadi isu yang amat besar ektika ini apabila dikatakan berdepan dengan hutang sebanyak RM42 bilion dan juga terbaru tercalit dengan penjualan tanah kepada Tabung Haji bernilai RM188.5 juta, seperti yang didedahkan oleh blog The Benchmark.

No comments:

Post a Comment

ad banner