Wednesday, 30 September 2015

Ustaz Harun Din Dakwa Kiamat Telah Berlaku di Marikh

Ustaz Harun Din Dakwa Kiamat Telah Berlaku di Marikh

Ahmad Saifuddin Amran
Tahun 2, Fakulti Perubatan
Jordan University of Science and Technology

Salam. Mesti baca!! And sorry for the interruption. Ustaz Harun Din, korang kenalkan? Dalam ceramah dia, ada membaca sebuah artikel yang menceritakan bahawa dunia ni dah nak kiamat. Planet Marikh (planet ke-4 dan paling dekat dengan bumi) telah mengalami pusingan yang terbalik pada bulan September lepas. Maknanya, planet yang dekat dengannya juga (bumi) akan bertukar arah pergerakan dia juga. Maka pada saat itu akan terjadi kejadian matahari tenggelam sebelah timur (tanda-tanda besar kiamat). Ingat, matahari terbit sebelah barat, pintu taubat dah ditutup. Tiada harapan lagi!! Maklumat ni juga telah dihentikan penyebarannya oleh NASA kerana akan menguntungkan pihak Islam. Tolong sebarkan untuk kemaslahatan kita bersama. Wassalam

Khabar angin tentang dunia hampir kiamat kian bertahun lamanya berlegar-legar di dunia maya. Atas nama menyedarkan orang ramai, ramai antara kita tidak sedar yang sebenarnya kita telah menyebarkan perkhabaran palsu yang sangat dilarang oleh Rasulullah SAW. Bahkan tanpa kita sedari, hal ini boleh mendatangkan keaiban yang besar terhadap umat Islam kerana terang-terangan meninggalkan amalan yang dianjurkan Al-Qur’an iaitu “memastikan kebenaran berita”.

Biarpun yang mengatakannya adalah seorang alim ulama, namun tidak semestinya setiap patah kata yang keluar dari mulut beliau adalah tepat dan boleh diterima. Lebih-lebih lagi jika perkara yang disampaikan itu bukan dari bidang yang dikuasai. Menjadi kewajipan juga menegur kesilapan walaupun di kalangan ulama kerana manusia tidak lari dari melakukan kesilapan. Bukan saja pemerintah yang perlu ditegur, kadangkala ulama juga.

Alhamdulillah, penghargaan kepada imakubex, salah seorang forumer di portaliluvislam.com yang telah berjaya memperbetulkan kesilapan ini. InshaAllah dalam artikel kali ini, saya akan cuba menghuraikan semudah yang mungkin secara saintifik fenomena yang berlaku. (Saya pohon rakan-rakan aliran fizik untuk perbetulkan kesalahan jika ada)


Analogi Mudah

Sekiranya penjelasan di atas sukar difahami, saya berikan satu analogi. Bayangkan ada dua buah kereta yang berpusing mengelilingi roundabout. Kereta di sebelah luar bergerak lebih perlahan dari kereta yang di sebelah dalam. Apabila kedua-dua kereta ini berselisih, pemandu kereta yang sebelah dalam akan nampak seolah-olah kereta yang di sebelah luar bergerak mengundur ke belakang. Hakikatnya kereta tersebut juga bergerak ke hadapan. Fenomena inilah yang dimaksudkan sebagai retrograde motion.

Kita dapat melihat fenomena tersebut untuk satu tempoh yang agak panjang kerana orbit yang besar menyebabkan tempoh perselisihan itu panjang berbanding analogi kereta yang mengambil masa beberapa saat untuk berselisih.

Walaupun sms itu mungkin tidak tepat telahannya, namun harus diingat bahawa memang dunia sudah tua dan akan kiamat tidak lama lagi. Tetapi siapa ‘tidak lama’ itu bila? Masa berjalan begitu pantas walaupun kita merasakan hidup kita mungkin lama lagi. Sabda Nabi junjungan sallallahu alaihi wasallam yang bermaksud, “Masa aku dibangkitkan dengan Hari Kiamat seumpama 2 jari ini, sambil baginda menunjukkan jari telunjuk dan jari tengahnya.” Maknanya dikira akhir zaman itu ialah sejak zaman Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam lagi. Sementelah sekarang ini lagilah dekat kita dengan kiamat. Semua tanda-tanda kecil sudah berlaku. Takkan kita mahu menunggu tanda besar datang dahulu baru mahu bertaubat!

YA ALLAH, MATIKAN LAH KAMI DALAM BERIMAN, BANGKITKANLAH KAMI DALAM BERIMAN, HIMPUNKANLAH KAMI DI PADANG MAHSYAR DALAM BERIMAN, MASUKKANLAH KAMI KE DALAM SYURGAMU DENGAN KEIMANAN YANG ENGAKU KURNIAKAN ITU. AMIN AMIN YA RABBAL ALAMIN.

SEBAK...Luahan Sayu Isteri Lelaki Mati Dipukul Kerana Dituduh Mencuri !!!





Beberapa hari lalu, seorang lelaki maut selepas dibelasah teruk penduduk kampung kerana disyaki mencuri lembu di Kampung Pengkalan Maras, Terengganu...

Mangsa yang tinggal di Kampung Chendering kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan kecemasan, namun mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 3.30 petang 14 April 2015....

Hari ini, seorang pengguna laman sosial tampil menceritakan kejadian sebenar. Menurutnya, tindakan menghukum mangsa dengan memukulnya adalah tindakan terburu-buru kerana kejadian itu hanya berpunca daripada salah faham....



Kejadian itu telah memberikan kesan tragis buat isteri mangsa. Beliau sempat meluahkan perasaan sayunya terhadap kehilangan arwah suaminya itu.....




Menurut laporan media, 5 suspek penduduk kampung yang dipercayai terbabit memukul mangsa telah ditahan Polis. Semoga ada keadilan buat mangsa dan keluarga mangsa.

Komen Lucu Petugas Maxis Buat Pelanggan Terhibur

Komen Lucu Petugas Maxis Buat Pelanggan Terhibur


Seorang petugas Maxis Listens bernama Firdaus berjaya menarik perhatian ramai seta mencuit hati orang ramai.

Layan mesranya terutama apabila menggunakan loghat utara menjadikan pelanggan yang sedang ebrang pun menjadi lembut hatinya dan terus tak jadi marah.

Perbualan antara Firdaus dan juga seorang pelanggan bernama Zahier telah menjadi viral dan medapat liputan dari portal Malaysia.

Diharap lebih ramai lagi petugas yang mesra dan bagus seperti Firdaus ini.

Jom baca tweet dari petugas Maxis yang mesra alam ini.





AL'FATIHAH!! BERITA SEDIH BUAT PEMINAT PENYANYI "SAKIT NYA TU DISINI"



TEMPOH hari lalu, kami ada melaporkan berita mengenai bapa kepada penyanyi Indonesia, Cita Citata yang terlantar di hospital akibat penyakit kronik.
Nampaknya, kepiluan terus melanda hati penyanyi lagu Sakitnya Tuh Disini apabila bapanya disahkan meninggal dunia Isnin lalu berikutan serangan kanser.
Berita sedih itu dimaklumkan oleh Cita sendiri menerusi laman Instagram baru-baru ini.
“Ayah sekarang sudah tidak menderita menahan sakit lagi. Semoga roh ayah tenang di syurga. Cita sayang ayah,” tulis Cita.
Bapa Cita iaitu Herdi Suwito yang merupakan seorang bekas pengusaha kasut dikatakan sudah lama menderita penyakit barah dan dirawat di sebuah hospital di Bandung sejak tiga bulan lalu.
Susulan berita pemergian ayahnya, Cita yang sibuk dengan jadual seninya telah menangguhkan persembahannya di Pontianak, Kalimantan dan bergegas pulang ke Bandung untuk memberikan penghormatan terakhir.



Cita menjadi terkenal di Indonesia dan Malaysia selepas lagunya Sakitnya Tuh Disini menjadi ‘siulan’ ramai termasuk di stesen-stesen radio tempatan.
Dia yang sinonim dengan penampilan seksinya pernah mengejutkan ramai dengan kisah peribadinya mengenai status jandanya ketika berusia 18 tahun.

DUNIA SUDAH NAK KIAMAT!! BUDAK UMUR 12 TAHUN KANTOI BERZINA DI SEGAMAT! KECIL2 DAH PANDAI BERZINA..


Seorang wanita berusia 25 tahun terkejut menemui seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun bersembunyi di bawah katil dalam keadaan tidak berpakaian di bilik anak saudara perempuannya berusia 12 tahun, Rabu lalu.

Dalam kejadian jam 11.40 malam itu, wanita berkenaan menemui kanak-kanak terbabit di rumah keluarga anak saudaranya di Labis.

Sebelum itu, wanita itu mengesyaki berlaku perkara tidak diingini apabila mendapati lampu di bilik anak saudaranya itu dimatikan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintendan Anuar Ismail berkata, wanita itu terus keluar rumah dan mengetuk tingkap bilik anak saudaranya.

“Kira-kira 10 minit kemudian, anak saudaranya membuka pintu. Wanita itu mendapati anak saudaranya memakai baju terbalik,” katanya.

Menurutnya, wanita berkenaan juga mendapati terdapat seluar dalam lelaki di atas katil anak saudaranya.

Anuar berkata, kanak-kanak perempuan itu mendakwa seluar dalam itu miliknya.

“Wanita itu masuk ke dalam bilik itu dan terkejut menemui seorang kanak-kanak lelaki bersembunyi dalam keadaan berbogel.

“Kedua-dua mereka mengaku melakukan hubungan terlarang. Mereka kemudian dibawa ke balai polis. - mStar

SUBHANALLAH...Meninggal dunia dalam keadaan wajah tersenyum..AL-FATIHAH

Bachok - Seorang pengawal keselamatan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beris Panchor, di sini, ditemui meninggal dunia dalam keadaan wajahnya tersenyum di dalam surau sekolah berkenaan, pagi tadi.


Ibrahim Yaacob, 63, ditemui kira-kira 6.15 pagi oleh rakan sekerjanya dalam keadaan terbaring dan badan yang masih panas.

Pengetua SMK Beris Panchor, Mohd Radzuan Zakaria berkata, kejadian itu disedari rakan mangsa yang berasa pelik apabila pintu pagar sekolah tidak dibuka seperti biasa.

"Rakan mangsa kemudian membuat pemeriksaan dan menemui rakannya terbaring dengan berkain pelikat dan baju uniform di dalam surau sebelum mengejutnya, namun tiada tindak balas.

"Rakannya kemudian memaklumkan kejadian kepada pihak sekolah sebelum memberitahu ahli keluarga," katanya.

Menurutnya, Ibrahim berkhidmat sebagai pengawal keselamatan di sekolah berkenaan sejak 2005 dan sangat komited dengan tugas yang diamanahkan.
- HM

Tun M: Saya dah tua untuk ditahan

Tun M: Saya dah tua untuk ditahan




Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir tidak menolak kemungkinan dirinya boleh ditahan Akta Sosma kerana lantang mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sebelum ini melalui Akta Sosma, Khairuddin telah ditahan selama 28 hari.

Mahathir yang kini berumur 90 tahun bagaimanapun berkata beliau sudah terlalu tua untuk ditahan dan dipenjarakan.

Mahathir merupakan seorang yang selalu berkata secara sinis dan berseloroh. Kata-katanya itu disambut dengan sedikit gelak ketawa dari orang ramai.

Ini komen Tun M apabila ditanya samada beliau bersedia akan ditahan SOSMA:

“Saya belum bersedia, saya terlalu tua, tidak berapa sihat dan boleh boleh berfikir dengan baik. Nyanyuk, kamu tahu?” 

“Walaupun nyanyuk, tetapi tiada alasan untuk berkata tentang perkara salah,” 

“Ini undang-undang, saya harus patuh. Jika saya bersalah saya harus hadapi penjara seumur hidup,” 

Mahathir berkata Sosma lebih teruk berbanding Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dimansuhkan selepas kempen berterusan pembangkang dan NGO.

Katanya, Sosma membenarkan penahanan seumur hidup sedangkan ISA hanya memperuntukkan penahanan dua tahun.

Beliau juga berkata dakwaan sabotaj terhadap Khairuddin juga tidak dinyatakan dengan jelas dalam undang-undang itu.

Sumber: KiniTV

ad banner