Monday, 31 August 2015

Mata Wang Jatuh: 500 Bilion Zimbabwe Tidak Cukup Untuk Beli Satu Tin Susu

Mata Wang Jatuh: 500 Bilion Zimbabwe Tidak Cukup Untuk Beli Satu Tin Susu  : Rakyat Zimbabwe dibenarkan menukar mata wang tempatan sehingga 'quadrilion' kepada Dolar Amerika Syarikat (AS$) ekoran kejatuhan nilai mata wang negara itu.

Mata Wang Jatuh: 500 Bilion Zimbabwe Tidak Cukup Untuk Beli Satu Tin Susu

Langkah tersebut diambil sebagai salah satu usaha menghentikan penggunaan nilai mata wang negara tersebut.

Negara Afrika itu mula menggunakan nilai mata wang AS$ dan Rand selepas nilai mata wang Zimbabwe terjejas akibat inflasi teruk yang jatuh sebanyak 500 bilion peratus pada 2008.

Semasa kejatuhan ekonomi negara itu pada 2008, rakyat Zimbabwe terpaksa membawa beg plastik yang dipenuhi dengan wang untuk membeli barangan keperluan seperti roti dan susu dan harga barangan yang turut meningkat sekurang-kurangnya dua kali sehari.

Gabenor Reserve Bank of Zimbabwe, John Mangudya menjelaskan, para pelanggan yang masih memiliki akaun Dolar Zimbabwe boleh berkunjung ke bank-bank berdekatan untuk menukar baki wang mereka kepada AS$ bermula Isnin.

Rakyat negara itu diberi masa sehingga September untuk membuat penukaran wang kertas Zimbabwe yang kadang kala dijual kepada pelancong sebagai cenderamata.

Baki akaun bank yang berjumlah 175 quadrilion Dolar Zimbabwe akan dibayar sebanyak AS$5 manakala mereka yang mempunyai baki akaun melebihi 175 quadrilion pula akan dibayar dengan AS$1 Dolar AS bagi setiap 35 quadrilion Dolar Zimbabwe.

Nilai wang kertas tertinggi yang dicetak kali terakhir pada 2008 adalah berjumlah 100 trilion Dolar Zimbabwe tetapi jumlah tersebut tidak mencukupi untuk membayar tambang bas selama seminggu.

Pihak bank menjelaskan, para pelanggan yang mempunyai wang kertas Zimbabwe boleh mengunjungi mana-mana bank di situ dan mendapat AS$1 bagi setiap 250 trilion Dolar Zimbabwe yang ditukar.

Ini bermakna orang ramai yang memiliki wang kertas 100 trilion akan menerima 40 sen apabila membuat penukaran.

Pihak bank dilaporkan telah memperuntukkan AS$20 juta untuk membayar pemegang mata wang Dolar Zimbabwe yang membuat penukaran.

sumber
http://ift.tt/1hqPgYg

Surat Terbuka BERANI MATI Daripada Seorang Guru Untuk Najib


Kita semua sudah sedia maklum dengan khabar terbaru dimana harga petrol meningkat lagi sebanyak 10 sen seliter. Sebelum itu sejak GST dilancarkan lagi, ia sudah menjadi buah mulut netizen sehingga sekarang.

Baru-baru ini telah menjadi viral dimana seorang guru meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sistem negara ini melalui laman Facebooknya.

Kami yakin sebagai seorang rakyat biasa,  mungkin ramai yang akan bersetuju dengan pendapat wanita ini yang sudah berkhidmat dalam sektor kerajaan sekitar 10  tahun lamanya.

Sunday, 30 August 2015

Surat Terbuka BERANI MATI Daripada Seorang Guru Untuk Najib


Kita semua sudah sedia maklum dengan khabar terbaru dimana harga petrol meningkat lagi sebanyak 10 sen seliter. Sebelum itu sejak GST dilancarkan lagi, ia sudah menjadi buah mulut netizen sehingga sekarang.

Baru-baru ini telah menjadi viral dimana seorang guru meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sistem negara ini melalui laman Facebooknya.

Kami yakin sebagai seorang rakyat biasa,  mungkin ramai yang akan bersetuju dengan pendapat wanita ini yang sudah berkhidmat dalam sektor kerajaan sekitar 10  tahun lamanya.





[VIDEO] ZALIM ! Gadis Bertudung Tendang Dan Masukkan Kucing Dalam Mesin Basuh


Kuala Lumpur – Tidak berperikemanusiaan. Itu gambaran yang tepat berikutan sebuah klip video yang tersebar di laman sosial menunjukkan seorang lelaki dan wanita bertindak kejam menendang sebelum membaling kucing ke dalam mesin basuh menjadi viral sejak semalam.

Menerusi klip video yang dipercayai dirakam menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah pusat dobi harian memaparkan tindakan lelaki mengangkat kucing dan membaling ke arah kucing lain yang terbaring di bahagian lantai.

Lebih menyayat hati, rakaman berdurasi 1 minit 37 saat itu turut menunjukkan kelakuan seorang wanita yang bertindak memasukkan seekor kucing bewarna putih di dalam mesin basuh di kedai dobi tersebut sebelum melihat keadaan kucing itu dari luar mesin tersebut.

Rakaman itu juga menunjukkan wanita terbabit hanya membiarkan sahaja kucing itu tanpa mengeluarkan semula dari mesin basuh berkenaan.

5 Gambar Biasa Padahal PALING NGERI Ditangkap Kamera Sebelum Meninggal Dunia !!

Foto-foto yang mbakbro paparkan dalam artikel ini disusun berdasarkan ironi kejadian yang mengiringi selepas pengambilan foto-foto tersebut. Walaupun sekilas tampak seperti gambar biasa, namun tragedi yang berlaku selepas pasti membuat anda seram. Berikut senarai 5 foto tragis yang mampu menangkap kematian.

1. Foto Regina Kay Walters

Foto di atas bukanlah gambar seorang gadis yang sedang malu-malu di depan kamera, melainkan gambar seseorang yang akan dibunuh. Ya, orang yang mengambil gambar di atas adalah pembunuhnya. Regina Kay Walters adalah seorang gadis remaja berusia 14 tahun dari Pasadena, Texas, yang menemui ajal selepas diculik oleh pembunuh berantai bernama Robert Ben Rhoades. Pembunuh ini mempunyai kelainan jiwa dimana dia suka lebih dulu mempermainkan korbannya sebelum menyiksanya hingga mati. Hal itulah yang terjadi pada Regina Kay Walters. Sebelum disiksa hingga mati, rambut Regina terlebih dahulu dipotong pendek, kemudian disuruh berpakaian, memakai pakaian dan kasut layaknya hendak ke pesta. Sebelum ditangkap pada tahun 1992, Ben Rhoades tercatat berjaya membunuh dua orang lagi. Kini Ben Rhoades harus menjalani hukuman seumur hidup di penjara Texas. Foto di atas digunakan sebagai bukti di mahkamah. (Source)


2. Foto mahasiswa VNR VJIET

VNR VJIET adalah sebuah institut teknologi yang terletak di Hyderabad, India. Pada tarikh 8 Jun 2014, 24 orang mahasiswa VNR VJIET tewas ketika sedang melakukan study tour. Saat itu, bas yang mereka naiki berhenti di tepian sungai Beas yang indah. Para mahasiswa pun keluar dari bas dan mengambil foto. Gambar di atas didapati dalam HP salah seorang mahasiswa dan diambil sesaat sebelum air bah mengheret mereka ke dalam arus sungai yang menggelora. Para mahasiswa itu tidak menyedari bahawa pintu air yang berada di atas tempat itu dibuka secara tiba-tiba tanpa ada pemberitahuan. Melihat wajah-wajah ceria di dalam foto itu, sukar rasanya membayangkan nasib yang begitu tragis menimpa para mahasiswa itu beberapa saat selepas foto diambil. (Source) Baca juga: 5 gambar permukaan bulan paling misteri dan 5 orang yang bangkit dari kematian

3. Foto CCTV James Bulger


Pada bulan Februari 1993, dua anak laki-laki berusia 10 tahun membunuh seorang anak kecil berumur dua tahun bernama James Bulger selepas menculiknya dari sebuah pusat beli-belah di Liverpool, United Kingdom. Pembunuhan ini menjadi berita jenayah paling menggemparkan pada saat itu kerana cara mereka membunuh si anak kecil begitu mengerikan. Sukar rasanya mempercayai perbuatan seperti itu mampu dilakukan oleh anak-anak. Cuba bayangkan, selepas menculik James Bulger, kedua anak itu mengikat kanak-kanak kecil tersebut pada sebuah landasan kereta api, kemudian bergantian melemparinya dengan batu dan memukulnya dengan kayu, sebelum akhirnya mencacatkan tubuhnya. Foto rakaman CCTV saat-saat terakhir hidup kanak-kanak kecil inilah yang menjadi bukti perbuatan mereka. (Source)

4. Foto senyuman dua bersaudara

Pada tahun 1975, dua bersaudara Mike dan Sean McQuilken sedang bercuti di pergunungan Taman Negara Sequoia. Bersama saudara perempuan mereka, Mary, keduanya menimbulkan tersenyum riang. Apa yang terjadi sesaat setelah gambar itu diambil sangatlah tragis. Rambut mereka yang berdiri seperti dalam gambar diatas, bukanlah mereka sengaja, tapi sebuah petanda bahawa kedua-duanya akan segera tersambar petir. Selama beberapa tahun kemudian gambar di atas telah dicetak semula ribuan kali sebagai himbauan agar berhati-hati terhadap sambaran petir. Wajah dua bersaudara yang nampak ceria menjadi ironi yang pahit atas nasib mengerikan yang terjadi pada mereka beberapa saat kemudian. (Source)

5. Foto ayah menggendong anak di Omagh, Ireland Utara

Kamera yang mengambil gambar di atas dijumpai terkubur di bawah runtuhan bangunan pada tanggal 15 Agustus 1998 di Omagh, Ireland Utara. Foto di atas menangkap saat-saat terakhir sebelum bom di dalam kereta merah itu meledak dan menewaskan 29 orang serta mencederakan kira-kira 200 orang di sekitar tempat itu. Bom kereta ini mencetuskan konflik berpanjangan pemisah IRA dengan kerajaan Ireland Utara yang berlangsung selama 30 tahun. Gambar di atas menjadi imej paling tragis dalam peristiwa itu mengalahkan foto-foto mayat mangsa yang bertaburan semata-mata kerana ketenangan, senyuman, dan kegembiraan yang tertangkap kamera menjadikan gambar itu sangatlah ironis. Membeku bersama masa selepas tidak sengaja menangkap bayangan kematian orang-orang di sekitarnya.

[VIDEO] ZALIM !!! Bayi Berusia 2 Hari Dipaksa Berjalan Untuk Mengubati Sakitnya


Assam (India): Seorang bayi yang baru berusia dua hari dipaksa ‘berjalan’ oleh seorang dukun wanita, kononnya untuk mengubati demam panas yang dihidapi kanak-kanak itu.

Video yang dirakam seorang lelaki menunjukkan dukun berkenaan memegang tengkuk kanak-kanak itu dan memaksanya berjalan di depan puluhan penduduk kampung di daerah Morigaon.

Ibu bapa bayi itu membawa anak mereka kepada wanita berusia 50-an itu kerana percaya dia boleh mengubatinya.

Mereka diarah menanggalkan lampinnya sebelum dukun itu melakukan ‘ritual’ berkenaan yang didakwa untuk menurunkan suhu badannya.

Bayi itu menangis sekuat-kuatnya sepanjang ritual itu.

Walaupun Aku Tak Sokong UMNO, Aku Akui Ucapan Muhyiddin Ini Jauh Lebih Baik Dari Ucapan Najib..


Walaupun ucapannya tidak berapi-api macam ucapan Najib, dan walaupun aku tak sokong UMNO tapi bagi aku ucapan Muhyiddin ini jauh lebih baik dari ucapan Najib yang tah apa-apa tu..

Muhyiddin menyelitkan hadis Rasululullah SAW yang bermaksud: "Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin bertanggungjawab ke atas orang yang dipimpinnya”

Najib pulak menyelitkan perumpamaan pahlawan Bugis mabuk.. yang berbunyi  "Suka saya ulangi di sini, sekali layar sudah dikembangkan, apabila sauh sudah dilabuhkan, pantang nakhoda dan anak-anak kapalnya berbalik haluan.


Pahlawan mabuk lah tu.. kalau pahlawan tu tak mabuk buat apa dia nak kembangkan layar lepas tu labuhkan sauh pulak.. takkan dia nak drift guna kapal tu kot?

Aku cadangkan Najib pecat manusia yang tulis teks ucapannya itu.. buat malu saja.. ucapan Najib tu bacalah di SINI

Ni ucapan Muhyiddin..

Negara kita telah merdeka selama 58 tahun. Telah banyak kemajuan yang dicapai oleh negara kita selama ini dan Malaysia berdiri megah sebagai sebuah negara yang berdaulat, bermaruah dan dihormati di persada dunia.

Asas yang membina kemerdekaan dan kemajuan negara kita ialah kepercayaan. Sebelum merdeka dahulu, penduduk negara ini yang berbilang kaum dan agama mempunyai rasa sangsi antara satu sama lain. Namun, berkat kebijaksanaan pemimpin kita yang terdahulu, mereka telah berjaya memupuk kepercayaan masyarakat majmuk di negara ini bahawa Malaysia adalah milik semua warganegara tanpa mengira kaum dan agama.

Semua warganegara mempunyai hak yang dijamin oleh perlembagaan dan semua mereka bertanggugjawab untuk memelihara keamanan, keselamatan dan keharmonian negara dengan memupuk perasaan saling mempercayai dan menghormati antara satu sama lain.

Kepercayaan juga terbentuk antara pemimpin pelbagai kaum. Pemimpin Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Dusun, Murut dan lain-lain boleh duduk semeja untuk berbincang mengenai kepentingan semua kaum dan merancang kemajuan negara kerana mereka mempercayai antara satu sama lain.

Tak pernah melampau

Memang sepanjang negara ini ditadbir oleh BN, terdapat beberapa masalah yang wujud antara masyarakat pelbagai kaum, tetapi semua masalah ini dapat diatasi kerana pemimpin BN percaya, perundingan dan kerjasama adalah jalan terbaik untuk mencari penyelesaian yang menguntungkan semua pihak.

Rakyat juga mempercayai kerajaan yang memerintah. Mereka percaya kerajaan bertanggungjawab memerintah secara adil dan saksama, melaksanakan pembangunan demi kesejahteraan rakyat, memacu kemajuan ekonomi, menyediakan pendidikan berkualiti, mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup rakyat.

Kerana itu, selama 58 tahun merdeka, rakyat di negara kita tidak pernah bertindak melampau untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokratik menerusi pilihan raya yang bebas dan adil.

Para pelabur dan komuniti perniagaan juga selama ini mempunyai kepercayaan tinggi terhadap negara kita. Mereka yakin bahawa dengan kestabilan politik, keharmonian kaum dan kecekapan kerajaan mengurus negara, pelaburan dan perniagaan mereka di negara kita adalah terjamin.

Dengan keyakinan ini, Malaysia merupakan antara penerima pelaburan langsung asing yang tertinggi di rantau ini dan saban tahun mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang positif.

Sekiranya kita dapat mengekalkan, malah memperkukuhkan kepercayaan antara sesama pemimpin, antara sesama rakyat, antara rakyat dan pemimpin, antara kerajaan dan rakyat, antara pelabur, komuniti perniagaan dan institusi ekonomi negara, maka saya yakin negara kita akan terus berada pada landasan yang betul dan bersedia untuk mencipta lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

Sentimen rakyat agak negatif

Namun, pada masa ini ramai pihak berpandangan bahawa negara kita sedang menghadapi masalah defisit kepercayaan (trust deficit) yang parah. Kepercayaan rakyat kepada kerajaan sudah semakin longgar. Kepercayaan pelabur dan komuniti perniagaan kepada ekonomi negara juga sudah luntur.

Ringgit kita kian merudum terutamanya berbanding dollar AS dengan nilainya sekarang yang paling rendah dalam tempoh 17 tahun. Pasaran saham jatuh, rizab negara merosot dan sentimen pengguna adalah paling rendah dalam tempoh tujuh tahun.

Benar, faktor luaran seperti kejatuhan harga komoditi mempengaruhi pasaran kewangan dan ekonomi, tetapi prestasi kita antara yang paling rendah dalam kalangan negara-negara serantau. Inilah realiti yang harus kita terima dan mesti diatasi dengan segera.

Saya menyambut baik kenyataan Gabenor Bank Negara bahawa asas ekonomi negara kita kukuh. Ini adalah satu perkembagan yang amat baik untuk kita membina semula kepercayaan masyarakat dunia terhadap ekonomi dan politik negara kita.

Yang perlu kita atasi ialah sentimen rakyat, pelabur dan masyarakat antarabangsa terhadap negara kita yang agak negatif disebabkan oleh beberapa isu politik yang sedang melingkari kita hari ini.

Rakyat semakin resah apabila hari demi hari prinsip integriti dan akauntabiliti kelihatan semakin terhakis dalam pentadbiran negara. Pegawai-pegawai kerajaan yang dedikasi dalam melaksanakan tugas ditamatkan perkhidmatan, ditukar, diugut dan diambil tindakan.

Kebebasan institusi-institusi penting negara seperti Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Bank Negara Malaysia seolahnya semakin disekat.

Kredibiliti pemimpin dipersoal

Tidak dapat dibayangkan dalam sejarah perkhidmatan awam negara kita, terdapat pegawai-pegawai kanan kerajaan yang berdedikasi sanggup bersuara lantang menentang pihak atasan yang cuba mencabuli prinsip perkhidmatan awam yang adil, tegas dan berkecuali.

Ada juga sesetengah pemimpin politik yang mengugut untuk menyekat kebebasan rakyat daripada menyuarakan pandangan terutamanya di media sosial kerana tidak sanggup lagi mendengar kritikan dan teguran rakyat yang semakin hari semakin lantang.

Selain itu, mereka yang menegur tindak tanduk pemimpin digelar sebagai pengkhianat dan dituduh hendak menggulingkan kerajaan. Mereka ini jelas tidak dapat membezakan antara menegur pemimpin dengan menggulingkan kerajaan adalah dua perkara yang berlainan. Betapa ramai pemimpin negara sebelum ini yang menerima teguran, tetapi kerajaan terus kekal, malah bertambah kukuh.

Atas segalanya, kredibiliti pemimpin semakin dipersoalkan. Institusi demokrasi yang ada dilihat sudah tidak dapat lagi berfungsi dengan baik untuk melakukan perubahan kerana ditekan dan dikawal dengan ketat oleh mereka yang berkuasa.

Saya bimbang selagi kemelut besar kepimpinan ini tidak dapat diselesaikan, maka selagi itulah negara dan kerajaan akan terus dibebani dengan masalah defisit kepercayaan yang semakin parah.

Bagi saya, isu kepercayaan ini akan dapat diselesaikan jika negara kita kembali dipimpin berlandaskan prinsip integriti, akauntabiliti dan penanggungjawaban kepada rakyat. Prinsip ini jugalah yang dituntut oleh Islam ke atas setiap pemimpin sebagaimana hadis Rasululullah SAW (bermaksud): "Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin bertanggungjawab ke atas orang yang dipimpinnya”.

Sesuai dengan tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, iaitu “Sehati Sejiwa”, marilah kita bersama-sama membentuk kesatuan hati atau “wahdatul qulb” untuk membina semula kepercayaan terhadap negara kita dengan mengembalikan kepimpinan yang berintegriti, berakauntabiliti dan bertanggungjawab.

Yakinlah bahawa Malaysia adalah tanah air kita yang berdaulat dan bermaruah, dan kita sebagai rakyat bertanggungjawab untuk terus memelihara kedaulatan dan maruah negara kita. Saya berdoa agar negara kita terus kekal aman, maju dan berdaulat.


TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN
Timbalan Presiden Umno.


ad banner