Tuesday, 13 October 2015
GEMPAR Ini Punca Utama Personaliti Terkenal Tinggalkan TV3 Secara Beramai-Ramai !!!
GEMPAR Ini Punca Utama Personaliti Terkenal Tinggalkan TV3 Secara Beramai-Ramai !!!
Pemberhentian melalui MSS itu melibatkan sekitar 600 pekerja meliputi Media Prima (TV3, TV9, NTV7, TV8) termasuk juga, akhbar News Straits Times (NST).
Media Prima memiliki hampir keseluruhan ekuiti dalam NST yang menerbitkan akhbar bahasa Inggeris itu selain daripada Berita Harian dan Harian Metro....
Syarikat itu juga memiliki stesen radio Fly FM, Hot FM dan One FM. Tawaran MSS dibuat selepas Media Prima dikatakan terkesan dengan pendapatan yang merudum, akhir-akhir ini.....
Kesemua mereka ditawarkan pakej pemisahan sukarela dengan pampasan berasaskan jumlah tahun bekerja dan gaji bulanan mereka.
Media Prima mengakui berharap MSS itu akan mengatasi masalah kelebihan tenaga kerja di empat stesen televisyen itu. Media Prima Bhd mencatat keuntungan sebelum cukai RM56.84 juta dalam suku ketiga tahun kewangan 2014 yang berakhir September lalu.
Jumlah itu jauh lebih kecil daripada RM85.49 juta yang dicatat dalam tempoh sama tahun lalu.
by noreply@blogger.com (Romi Rizuan) via masalah dunia
'SORRY, AWAK TAK LAYAK JADI PA SAYA' -Luahan Hati Wanita Di-Reject Cuma Kerana Tidak mahu Berkongsi
Saya ada perkara yang ingin dikongsikan. Tiada niat mahu mengaibkan diri ataupun orang lain. Tetapi boleh dijadikan sebagai pengajaran kepada yang lain terutamanya golongan wanita yang sedang mencari kerja.
Maghrib, jam 7.39 malam, saya menerima panggilan temuduga. Setiap kali ada panggilan temuduga, saya sangat teruja dan memberikan respon yang positif.
Seorang lelaki muda berbangsa Cina, mencari Exclusive PA Cum Admin. Menurutnya, dia ada menerima resume saya tetapi tiada gambar disertakan.
Pelik, selalunya bila saya hantar resume dalam format pdf, mustahil tiada gambar. Saya kemudian menawar diri untuk menghantar resume sekali lagi dan meminta alamat e-melnya.
Saya sertakan salinan perbualan kami dan anda nilaikanlah sendiri.
Saya mungkin lurus bendul dan tidak faham dengan niat dia kerana mungkin saya terlalu fokus mencari kerja. Saya juga menyangkakan soalan-soalan yang diajukan itu adalah soalan temuduga untuk jawatan PA.
Mujur ada rakan yang menasihatkan saya agar tidak terperangkap dan cuba mendapatkan maklumat individu ini. Malangnya, saya gagal mendapat sebarang maklumat mengenai dirinya sampai ke sudah. Ekoran itu, saya terus menyekat nombornya.
Saya bukanlah terlalu terdesak untuk mencari pekerjaan. Saya harap anda tidak salah faham dengan perkongsian ini. - Pengadu
by noreply@blogger.com (Romi Rizuan) via masalah dunia
Anak Scha "Lara Alana" Dikecam Dan Dihina Cuma Kerana Sepasang Baju Raya
by noreply@blogger.com (Romi Rizuan) via masalah dunia
Monday, 12 October 2015
Diugut Sebar Video Panas, Wanita Terpaksa Jemput Bangla Guna Kereta Untuk Diperk0sa
IPOH – Seorang kerani terpaksa menjadi hamba seks kepada seorang lelaki warga Bangladesh selepas lelaki terbabit mengugut akan menyebar video aksi panas mereka berdua kepada keluarga, rakan dan teman lelakinya.
Menurut mangsa yang mahu dikenali sebagai Lily, 21, dia mengenali lelaki itu dua tahun lalu ketika mereka bersama-sama bekerja di sebuah kilang pemborang sayur di Simpang Pulai.
Menurut Lily juga, sejak itu dia mengenali lelaki terbabit, Anwar, 27, dan hubungan mereka sama seperti rakan-rakan sekerja yang lain.
“Detik hitam bermula 30 Ogos lalu, kira-kira jam 12 tengah hari, ketika Anwar mengajak saya keluar minum di Gopeng. Tak lama lepas minum, saya rasa pening dan terus tidak sedar.
“Bila sedar, saya terkejut kerana berada dalam keadaan bogel di sebuah bilik hotel. Hotel tu sebelah kedai tempat kami minum.
“Masa tu, lelaki tu pun ada dalam bilik dan ugut akan sebarkan video seks kami yang dirakam gunakan telefon bimbit,” katanya memetik laporan dari Sinar Harian.
Tambah Lily, suspek menghubungi setiap hari selepas insiden dan memaksanya melakukan hubungan seks jika tidak mahu video itu tersebar.
“Sepanjang tempoh itu, saya dipaksa melayan nafsu dia sebanyak lima kali dan kali terakhir pada 25 September lalu di sebuah hotel bajet di Simpang Pulai.
“Saya dah tak tahan, sebab tu saya beritahu kepada teman lelaki saya dan dia (teman lelaki) nasihatkan supaya laporkan kepada polis,” katanya.
Dalam perkembangan yang sama, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Bercham, Lim Huey Shan berkata, dia dan 20 orang anggota sukarelawan (SRS) membantu mangsa memerangkap suspek bagi diserahkan kepada pihak berkuasa.
“Seperti biasa mangsa mengambil suspek di tempat kerja di Simpang Pulai menaiki keretanya dan kita bertindak menghalang kenderaan tersebut serta menahan suspek sebelum dibawa ke Balai Polis Bercham.
“Kita berbuat demikian selepas mangsa meminta bantuan supaya suspek dapat ditahan atas kesalahan yang dilakukannya itu,” katanya yang turut membuat laporan polis berhubung insiden. - Siakapkeli.my
by noreply@blogger.com (Romi Rizuan) via masalah dunia
Gara-Gara Rakam Suami Raba Orang Gaji, Isteri Mungkin Dipenjarakan 1 Tahun
Pada awal bulan ini, seorang wanita dari Arab Saudi merakam perbuatan suaminya meraba orang gaji menggunakan telefon.
Wanita tersebut yang berang dengan perangai suaminya kemudia memuat naik video itu ke laman Facebook dengan kapsyen "Hukuman yang paling ringan buat suami seperti ini adalah dengan memalukannya".
Dengan pantas, video itu menjadi viral di laman media sosial dan wanita terbabit kini mungkin dikenakan tuduhan cuba memfitnah dan menghadapi hukuman penjara setahun. Majid Waroob, seorang peguam di Arab Saudi, memberitahu akhbar tempatan wanita terbabit mungkin telah melanggar salah satu undang-undang teknologi di Arab Saudi.
"Undang-undang ini memaktubkan hukuman berat kepada sesiapa yang menggunakan telefon bimbit berkamera atau alat lain untuk mengambil gambar seseorang dan memfitnah mereka", kata Qaroob.
Bagaimapun, tindakan wanita tersebut menyebar video itu mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai.
Momina Makin menulis "Lelaki itu melanggar hukum Islam. Pertama dia telah melakukan zina. Kedua, dia melakukan serangan seksual. Lelaki ini patut dibogel dan dirotan di jalanan dihadapn semua orang. Ini hukuman setimpal untuknya".
Menurut seorang blogger pula, Al Mezzen, perbuatan wanita itu menyebar video adalah salah.
"Dia tidak tahu cara untuk mengawal situasi itu
"Apa yang telah dia lakukan adalah menyebarkan aib dan masalah peribadinya untuk dilihat oleh semua orang", kata blogger itu sambil menambah jika pasangan itu mempunyai anak, hukuman yang lebih berat akan diterima kerana kesannya bakal menjadi lebih teruk.
Sejak ia mencetus kontroversi, video terbabit telah dibuang dari laman Youtube tetapi laman web mirror.co.uk ada menyimpan video tersebut - Siakapkeli.my
by noreply@blogger.com (Romi Rizuan) via masalah dunia
MENGERIKAN! Beginilah keadaan kubur Dracula yang membunuh 300,000 umat Islam waktu Perang Salib
Kisah hidup Dracula merupakan salah satu contoh bentuk manipulasi sejarah yang begitu nyata yang dilakukan Barat.
Kalau filem Rambo merupakan suatu fiksyen yang kemudian dihasilkan seolah-olah menjadi tokoh yang nyata oleh Barat, tetapi Dracula merupakan keterbalikannya, tokoh yang nyata wujud cuba dikaburkan menjadi fiksyen.
Bermula dari novel karya Bram Stoker yang berjudul Dracula, kisah tokoh ini mula difilemkan seperti Dracula’s Daughter (1936), Son of Dracula (1943), Hoorof of Dracula (1958), Nosferatu (1922) yang dibuat ulang pada tahun 1979 dan filem dracula yang lain yang diolah dalam bentuk yang lebih moden.
Dan yang terbaru tahun 2014, adalah filem Dracula Untold, yang nyata secara terang menterbalikkan sejarah yang sebenar.
Dalam buku berjudul “Dracula, Pembantai Umat Islam Dalam Perang Salib” karya Hyphatia Cneajna
Kisah Dracula sebenarnya merupakan pembesar Wallachia, berketurunan Vlad Dracul.
Dalam huraian Hyphatia tersebut, kisah Dracula tidak boleh dilepaskan menjelang tempoh akhir Perang Salib.
Dracula dilahirkan ketika peperangan antara Kerajaan Turki Ottomaniah sebagai wakil Islam, dan Kerajaan Hungary sebagai wakil Kristian, dimana peperangan ini semakin sengit.
Kedua-dua kerajaan tersebut berusaha merebutkan wilayah-wilayah yang boleh dikuasai, baik Eropah mahupun Asia.
Puncak peperangan ini adalah jatuhnya Konstantinopel, iaitu benteng Kristian ke dalam penguasaan Kerajaan Turki Ottomaniah.
Dalam peristiwa Perang Salib, Dracula merupakan salah seorang panglima tentera Salib. Dalam perang inilah Dracula banyak melakukan pembunuhan yang sangat kejam terhadap umat Islam.
Hyphatia menganggarkan jumlah korban kekejaman Dracula mencapai 300 000 ribu umat Islam.
Korban-korban tersebut dibunuh dengan berbagai cara yang sangat biadab dan kejam, iaitu dibakar hidup-hidup, dipaku kepalanya, dan yang paling kejam adalah disula.
Penyulaan merupakan cara penyiksaan yang amat kejam, iaitu seseorang itu akan ditusuk dubur dengan kayu sebesar lengan tangan orang dewasa yang hujungnya ditajamkan.
Mangsa yang telah ditusuk kemudian dipancangkan sehingga kayu sula tersebut menembus hingga perut, kerongkong, atau kepala.
Hyphatia mengatakan dalam bukunya :
“Ketika matahari mulai meninggi Dracula memerintahkan penyulaan segera dimulakan. Para prajurit melakukan perintah tersebut seolah robot yang telah dipogram.
Penyulaan disulami dengan lolong kesakitan dan jeritan penderitaan yang segera memenuhi segala penjuru tempat itu.
Mereka, umat Islam yang malang ini sedang dijemput ajal dengan cara yang begitu mengerikan. Mereka tak sempat lagi mengingat kenangan indah dan manis yang pernah mereka alami.”

Subscribe to:
Posts (Atom)