Monday, 5 October 2015

KANTOI!!! 7 Kesalahan BESAR Dalam Filem JWANITA Yang Ramai Tidak Perasan Dan TAK PATUT TERJADI !

7 Kesalahan BESAR Dalam Filem 'JWANITA' Yang Ramai Tidak Perasan Dan TAK PATUT TERJADI !

$%1.Kawansan perkuburan yang bebeza ketika mayat nona ditanamkan dengan tempat yang jwanita kembali untuk mengambil balik mayat nona




2. Dari mana Jwanita belajar bawa kereta? Sedangkan dia telah ditangkap dan dikurung oleh umie aida sejak kecil lagi





3. Nona yang pada mulanya terlalu berani dengan Jwanita akhirnya ketakutan tanpa membuat sebarang tindakan? ramai penonton mengharapkan Nona juga mempunyai saka belaan untuk melawan balik Saka Jwanita





4. Nona yang kelihatan bergerak semasa kedua-dua anak Julaika berada didalam lubang tiga mayat itu





5.Walaupun sudah ditetak dengan kapak dan jatuh dari tingkat 2, Julaika masih sihat umpama tidak cedera apa-apa.

6 Ketika Ikbal dikejar oleh Saka jwanita, yang dilakonkan oleh nona terdapat bayang-bayang di sebelah kereta , bayang-bayang tersebut mungkin adalah bayang-bayang hantu nona?




7 Mayat nona yang diangkat oleh jwanita ketara nampak seperti patung yang terlalu ringan 


sumber asal
by noreply@blogger.com (Romi Rizuan) via masalah dunia

NGERI!! Video Seorang Wanita Parah Ditetak Bertubi-Tubi Oleh Suami Dan Rakan Di Hadapan Ibu Sendiri



$%Kejadian dikatakan berlaku di Port Dickson, Negeri Sembilan di mana menunjukkan wanita berkenaan ditetak bertalu-talu dihadapan rumahnya dan cuba dileraikan oleh seorang wanita lain yang dipercayi ibu mangsa tetapi gagal.



PORT DICKSON – Polis berjaya menahan dua lelaki dipercayai suspek kes tetak seorang wanita kurang dari 30 minit selepas insiden berkenaan berlaku.Suspek berusia 24 dan 26 tahun itu ditahan polis ketika kira-kira jam 7 malam kelmarin di Plaza Tol Mambau selepas terlibat dalam kes menetak seorang wanita berusia 20-an di kediamannya di Taman PD Utama, di sini kira-kira jam 6.30 petang.Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baharudin Mustapha berkata, polis bertindak atas maklumat ahli keluarga.Menurutnya, sebaik menerima maklumat, polis segera menjalankan gerakan memburu suspek.“Polis kemudiannya berjaya mengesan kereta yang digunakan suspek ketika kejadian jenis Perodua Myvi di kawasan Lukut dan terus mengekori kenderaan tersebut.“Suspek yang menyedari mereka diekori memecut masuk ke Plaza Tol Mambau sehingga melanggar pengadang tol lalu keretanya tersekat di kaunter pembayaran dan anggota polis berjaya menahan mereka," katanya.Baharudin berkata, polis juga berjaya menemui dua bilah parang yang dipercayai digunakan untuk mencederakan mangsa di dalam kereta yang dipandu suspek.“Salah seorang suspek adalah suami mangsa dan kedua-dua mereka direman selama empat hari hingga Isnin depan untuk membantu siasatan.“Kes disiasat di bawah Seksyen 326 kerana mendatangkan kecederaan parah,” katanya.Terdahulu, mangsa seorang wanita berusia awal 20-an bekerja di sebuah hotel di Port Dickson telah diserang tiga lelaki termasuk suaminya.Sinar Harian difahamkan, ketika kejadian mangsa baru pulang dari tempat kerja dan diserang dengan menggunakan parang ketika dia turun hendak membuka pintu pagar rumahnya.Suspek dipercayai telah mengekori mangsa beberapa kilometer sebelum tiba di rumah dan terus menyerangnya sebaik sahaja mangsa keluar kereta.Sementara itu, ibu mangsa yang melihat kejadian berkenaan cuba membantu anaknya selepas diserang menggunakan senjata dipercayai parang ditolak sehingga jatuh.Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala, tangan dan anggota badan kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Port Dickson.
Posted by My Malaysia-என் மலேசியா on Sunday, October 4, 2015
(Amaran, paparan video kejadian mungkin mengganggu emosi, jika tidak kuat semangat dinasihatkan tidak membuka link)

Bagaimanapun, dilaporkan pihak polis telah berjaya menahan kedua-dua suspek berkenaan selepas 30 minit kejadian berlaku.

Suspek berusia 24 dan 26 tahun itu ditahan polis ketika kira-kira jam 7 malam kelmarin di Plaza Tol Mambau selepas terlibat dalam kes menetak seorang wanita berusia 20-an di kediamannya di Taman PD Utama, di sini kira-kira jam 6.30 petang.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baharudin Mustapha berkata, polis bertindak atas maklumat ahli keluarga.

Menurutnya, sebaik menerima maklumat, polis segera menjalankan gerakan memburu suspek.

“Polis kemudiannya berjaya mengesan kereta yang digunakan suspek ketika kejadian jenis Perodua Myvi di kawasan Lukut dan terus mengekori kenderaan tersebut.

“Suspek yang menyedari mereka diekori memecut masuk ke Plaza Tol Mambau sehingga melanggar pengadang tol lalu keretanya tersekat di kaunter pembayaran dan anggota polis berjaya menahan mereka,"katanya.

Pihak polis berjaya menemui dua bilah parang yang digunakan suspek di dalam kereta Myvi berkenaan.

“Salah seorang suspek adalah suami mangsa dan kedua-dua mereka direman selama empat hari hingga Isnin depan untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 326 kerana mendatangkan kecederaan parah,” katanya.

Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala, tangan dan anggota badan kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Port Dickson.



sumber asal
by noreply@blogger.com (Romi Rizuan) via masalah dunia

Sunday, 4 October 2015

(5 GAMBAR) Kerana Mulut Badan Binasa,Akibat Mulut Tiada Insuran,Remaja Wanita Cantik Ini Jadi Bahan Cemuhan Di Laman Sosial...



Kerana terlalu memperlekehkan mereka yang bekerja dalam sektor perkilangan,rata-rata netizen mengutuk dan menyekolahkan remaja ini diatas kelancangan mulut beliau.Berikut beberapa printscreen yang admin ambil.

Semoga lepas ini beliau akan semakin berhati-hati dalam mengeluarkan sesuatu ayat.





by noreply@blogger.com (Romi Rizuan) via masalah dunia

(2 GAMBAR) Beginikah Sikap Seorang Guru Untuk Dijadikan Teladan Kepada Bakal Pemimpin Negara Masa Depan?


Inilah yang ditulis pada whiteboard didalam kelas sewaktu mengajar yang kini jadi viral di laman sosial..

 "UNTUK MENGELAKKAN AKU STRESS !!, LANTAK KO LA NAK BUAT APA, YANG NAK BELAJAR TOLONG SIAPKAN KARANGAN. YANG TAK NAK BOLEH BERAMBUS SEKARANG : )  "


by noreply@blogger.com (Romi Rizuan) via masalah dunia

BERANI TENGOK TAK?? Kepala Wanita Tua 87 Tahun Ini DItumbuhi Tanduk,Lihat Gambar Seterusnya Selepas Tanduk DIbuka Semestinya MENGEJUTKAN Sekali!!



$%Doktor di China menemui keadaan kesihatan yang ganjil baru-baru ini apabila seorang wanita berusia 87 tahun mempunyai tanduk di kepalanya yang memanjang setiap tahun.

Liang Xiuzhen dari Sichuan, selatan China, menemui doktor selepas tanduk berkenaan muncul kira-kira dua tahun lalu dan ia semakin membesar.

Menurut laporan People's Daily Online, lapan tahun lalu, ada ketulan seperti tahi lalat besar atau ketuat di kepala Liang Xiuzhen di kawasan tanduk berkenaan tumbuh.

Ketulan itu menjadi gatal dan ahli keluarganya menggunakan ubat herba untuk merawat tetapi dua tahun lalu, ketulan berkenaan pecah dan tanduk kecil mula tumbuh di kepala wanita berkenaan.
Pada awalnya ia hanya sebesar jari kelingking sepanjang kira-kira satu 2.54 sentimeter.

Anak wanita itu, Wang Zhaojun, berkata mereka membawa Liang Xiuzhen ke hospital tetapi doktor tidak dapat mengesan puncanya dan apabila mendapati tanduk itu tidak membesar, mereka membiarkannya.

Awal tahun ini, Wang Zhaojun secara tidak sengaja menyebabkan tanduk itu patah ketika mencuci kepala ibunya dan terkejut kerana tanduk baru tumbuh malah membesar dengan pantas.

Dalam masa enam bulan tanduk itu menjadi 12.7 sentimeter panjang dengan garis pusat lima sentimeter, kini kelihatan seperti tanduk haiwan.

Liang Xiuzhen berkata: “Kadang-kadang sakit sikit namun ada waktu amat sakit sehingga saya terjaga dari tidur.”

Menurut doktor tanduk itu ialah sejenis tumor atau barah kulit dan boleh dibuang melalui pembedahan dan keluarga wanita itu kini sedang berusaha memujuknya untuk mendapatkan rawatan lanjut termasuk pembedahan. - Daily Mail
by noreply@blogger.com (Romi Rizuan) via masalah dunia

PANAS!!Han Wong Tampil Dedah Bukti Gambar Dan Video Keburukan Tasha Shilla Selepas Tak Tahan Dengan Sikapnya



#$Tidak tahan lagi dengan sikap Tasha Shilla, ahli muay thai iaitu Han Wong mahu mendedahkan insiden serangan bekas kekasihnya itu di dalam kelab hiburan termasuklah pendedahan rakaman video.

Han, 25, ketika dihubungi mStar Online berkata, setakat ini dia sudah pun mengumpul beberapa bahan bukti dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pusat hiburan berkenaan untuk siasatan pihak polis.

"Saya ada semua bukti berhubung insiden berkenaan dan selepas semua siasatan dilakukan saya sendiri akan dedahkan dalam Instagram saya tentang kebenaran kejadian itu.

"Saya tidak berbohong malah ramai orang yang melihat kejadian itu termasuk beberapa rakan artis yang turut berada di kelab sama.

"Tujuan saya bukan untuk memburukkan Tasha tetapi saya ingin mencari keadilan kerana saya tidak bersalah dalam hal tersebut," katanya.

Tambahnya lagi, dia sudah pun membuat laporan kedua di sebuah balai polis pada petang Jumaat selain menyerahkan beberapa bahan bukti kepada pihak berkuasa bagi membolehkan mereka melakukan siasatan termasuk bukti rakaman CCTV di kelab berkenaan.

Dalam pada itu, Han berkata, dia terkejut dengan tindakan Tasha di kelab itu memandangkan mereka tidak pernah bertemu sejak berpisah tiga bulan lalu.

Kata Han, sekiranya ada sebarang rasa tidak puas hati terhadapnya, Tasha boleh bersemuka dengannya secara peribadi dan bukannya menimbulkan kekecohan.

"Saya tidak tahu apa motif dia kerana kami sudah lama tidak berjumpa tetapi setiap masalah boleh berbincang secara baik dan bukannya mencetuskan masalah," ujarnya.

Ditanya mengenai hubungan sebenar dia dengan wanita dikenali sebagai Carmen, Han mengakui wanita berkenaan adalah kekasihnya dan dia tidak bersalah hal tersebut.

"Saya kasihan kepada Carmen kerana dia tidak bersalah tetapi turut diserang pada kejadian itu," katanya.

Sementara itu, menceritakan mengenai kejadian berkenaan, Han berkata, dia terserempak dengan Tasha di kelab berkenaan yang terletak di Jalan Tun Razak dekat sini sebelum mendekatinya untuk bersalaman.

Bagaimanapun kata Han, salam yang dihulurkan tidak diendahkan Tasha sebelum dia mengambil keputusan untuk kembali ke mejanya.

"Benar kami sudah putus cinta tetapi saya langsung tidak berdendam dan tujuan saya menyapanya hanya sebagai seorang rakan tambahan pula kami sudah lama tidak berjumpa.

"Biarpun saya terkejut dengan sikapnya yang dingin tetapi saya tetap bertanya khabar sebelum berlalu pergi," jelasnya.

Dalam perkembangan sama, Han tidak menafikan Tasha disimbah air oleh rakan-rakannya tetapi tindakan itu dilakukan selepas wanita berkenaan menampar dan menyimbah air ke muka salah seorang temannya.

"Dia tiba-tiba datang ke meja dan serang teman wanita saya sebelum dua kawan lelaki saya cuba menenangkan Tasha. Namun dia pula bertindak menampar muka salah seorang kawan saya dan menyimbah air ke mukanya.

"Rakan-rakan lain yang berang dengan perbuatan itu lalu menyimbah kembali air ke mukanya sebelum pengawal kelab datang menghalau Tasha keluar dari tempat berkenaan," katanya lagi.

Ketika hendak pulang kata Han, dia terkejut keretanya telah dirosakkan oleh hampir 20 lelaki yang tidak dikenali tetapi dipercayai ada kaitan dengan Tasha.

"Semasa di tempat letak kereta kira-kira pukul 4 pagi, ibu dan bapa Tasha serta adiknya turut ada bersama mempersoalkan kejadian Tasha disimbah air," katanya.

Sebelum ini hubungan Tasha atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abd. Razak, 28, dan Han sudahpun goyang selepas dipercayai terdapat pihak yang cuba mengganggu hubungan mereka itu.
by noreply@blogger.com (Romi Rizuan) via masalah dunia

Video: Wanita Hancurkan Kereta Suaminya...Kerana Marah,



Sebuah video yang dimuat naik di Youtube memaparkan seorang seorang wanita mengamuk menghancurkan keretanya sendiri...

Entah kenapa.. , wanita itu menghancurkan semua kaca dan memukul keretanya yang berwarna putih itu dengan batu... Dalam keterangan video menyebutkan, ketika ditanya polis apa alasan wanita ini melakukannya, dia menjawab kerana si suami membeli kereta kecil dan tidak sesuai untuk keluarganya...

TONTON VIDEO DI SINI
by noreply@blogger.com (Romi Rizuan) via masalah dunia

ad banner