Tuesday, 1 September 2015
SUBHANALLAH ! Isteri Tomok Melakukan Perkara Yang Sangat MENGEJUTKAN !
PENJELASAN SEBENAR ISU JALUR GEMILANG ‘TERBALIK’?
Sambutan Hari Kebangsaan 2015 pada Isnin telah dicemarkan dengan isu pengibaran Jalur Gemilang ketika perarakan di Dataran Merdeka di media sosial. Perkara itu menjadi persoalan di kalangan netizen apabila pengibaran Jalur Gemilang pada sambutan tersebut dikatakan telah dilakukan secara terbalik.
Namun begitu, ia kemudiannya disusuli dengan penyebaran pautan penjelasan dari Jabatan Penerangan Malaysia mengenai susunan dan kedudukan bendera Malaysia bahawa pengibaran Jalur Gemilang di perarakan Sambutan Hari Kebangsaan 2015 adalah dibuat secara betul.
Sekaligus, perkara ini dilihat telah berjaya mendidik rakyat mengenai istiadat dan protokol pengibaran bendera seperti yang termaktub dalam Surat Pekeliling Am Bil. 3, Jabatan Perdana Menteri Tahun 1994 bertarikh 13 April 1994.
Menurut Surat Pekeliling itu, arah pandangan pengibaran bendera adalah pandangan dari luar bangunan memandang ke arah bangunan berkenaan. Penetapan ini adalah selaras dengan amalan di peringkat antarabangsa dan juga peraturan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Malah protokol ini turut dilihat digunapakai oleh syarikat penerbangan AirAsia dan Malaysia Airlines
Sumber: Astro Awani
Altantuya Sharibuu
by noreply@blogger.com (Cerita Viral) via Aku Viral
Kelakuan Anak Artis
by noreply@blogger.com (Cerita Viral) via Aku Viral
Padah Bila HP Cikgu Sejarah Di Curi
by noreply@blogger.com (Cerita Viral) via Aku Viral
Saya Warganegara Malaysia, Berhak Untuk Bersuara Dan Tidak Akan Berdiam Diri
Saya Warganegara Malaysia, Berhak Untuk Bersuara Dan Tidak Akan Berdiam Diri
Jika sebelum ini tindakan Nurulhidayah yang merupakan anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyifatkan tindakan penganjuran perhimpunan Bersih 4 sebagai bodoh, dia telah menerima pelbagai kritikan dan ada juga yang memberi semangat.
Namun kerana tindak balas netizens berkenaan, Nurul hari ini sekali tampil menjawab segala kritikan berkenaan dengan menyatakn dia juga merupakan rakyat Malaysia dan berhak bersuara.
Menurut Nurul, apa yang dikatakan olehnya sebelum ini telah disalah faham oleh segelintir pengguna media sosial membuatkan mereka jadi tidak berpuas hati.
“Saya telah diserang secara peribadi. Saya tak menyentuh perkauman atau bangsa. Saya cuma pertikaikan kewarasan segelintir anda yang tidur dijalanan kononnya untuk menyatakan kebenaran.”
"Beberapa bulan lepas ketika insiden di Low Yatt, saya juga lantang menyatakan ia tidak patut berlaku. Kenapa? Kerana perbuatan bergaduh sedemikan rupa, terlarang oleh mana2 agama sekali pun," katanya.
Beliau menegaskan tidak akan berdiam diri dan akan terus bersuara mengenai sebarang perkara yang boleh menggugat negara.
"Benar, saya bertanggungjawab dengan kata-kata saya. Saya bertanggungjawab dengan 'Freedom Of Speech' saya. Saya bertanggungjawab dengan tidak rela melihat rakyat 'diheret' dijalanan."
"Saya juga bertanggungjawab untuk tidak melihat segelintir kita diperalatkan. Waima Kerajaan atau Pembangkang semua kena berubah. Ramai yang menyalah anggap tetapi ada juga yang mengerti. Saya tidak mengupah sesiapa dalam berkomunikasi di sosial media. Ini suara saya. Suara hati saya antara 30 juta rakyat Malaysia," tegas beliau lagi.
Bagaimanapun kerana kritikan yang diterima sebelum ini Nurul menyatakan dia sudah memaafkan mereka yang telah menghina keluarganya dan memohon kepada tuhan supaya seluruh keluarga dan keturunannya dilindungi.
sumber
by noreply@blogger.com (hapdate) via Astro Awatni
Kalau Syed Mokhtar Dah Nafi.. Tentu Macai Yang Tulis `Luahan Hati Tan Sri Syed Mokhtar Bukhary Berkenaan Perdana Menteri' Ini Kan?
Jutawan yang juga Pengasas Yayasan Albukhary, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary menafikan beliau menulis artikel berkenaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Artikel bertajuk `Luahan Hati Tan Sri Syed Mokhtar Bukhary Berkenaan Perdana Menteri’ telah disebar di media sosial sejak 29 Ogos lalu.
Menurut Syed Mokhtar, beliau tidak boleh terus membiarkan perbuatan menyamar menggunakan namanya lebih-lebih bagi tujuan yang menyalahi undang-undang.
“Untuk mengelakkan keraguan atau kekeliruan, orang ramai boleh merujuk ke laman web Albukhary Foundation yang menjadi medium rasmi tunggal bagi Tan Sri Syed Mokhtar.” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Artikel itu telah mendapat perhatian dan diterbitkan semula dalam blog dan tersebar menerusi media sosial di Twitter, Whats App dan Facebook.
Berikut adalah artikel yang dimaksudkan..
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
1. Selama ini saya menulis kepada ahli UMNO dan rakyat Malaysia n islam (izin edit sikit jer) izinkan saya buat kali pertama menulis kepada rakyat Malaysia. Hari ini, Perdana Menteri Mohd Najib Razak sudah menjadi seperti sampah dan kain buruk kepada sebahagian rakyat Malaysia yang mempunyai kepentingan politik dan yang sekadar ikut-ikutan. olah-olah Mohd Najib tidak pernah berbuat apa-apa kepada kita.
2. Hampir menitis air mata saya apabila melihat keadaan di media sosial, rangkaian perbualan WhatsApp dan perbualan politik di kalangan sebahagian besar rakyat Malaysia yang mencerca, menghina, memfitnah dan menipu untuk memburukkan Mohd Najib.
3. Memang dalam masa lapan bulan ini Mohd Najib berhadapan dengan kemelut 1 Malaysia Development Berhad (1MDB). Mohd Najib dalam usaha memulihkan 1MDB kerana beliau percaya syarikat ini sungguhpun bermasalah, ia adalah masalah yang perlu diselesaikan.
4. Tidak cukup itu Mohd Najib dituduh merompak wang 1MDB sebanyak RM 2.6 Bilion. Siasatan SPRM mendapati ia tidak benar. SPRM juga mengesahkan ia merupakan sumbangan dana politik yang tiada kena mengena dengan sebarang keputusan atau hasil kerajaan mahu pun 1MDB.
5. Dengan kata lain tiada unsur rasuah atau korupsi. Rakyat biasa memang tidak faham dan tidak akan faham permainan politik ini. Baiklah kita anggaplah ini sisi buruk Mohd Najib. Soal salah atau tidak biarkan Undang-undang menentukan. Namun, apakah sejak mengambil alih pentadbiran Mohd Najib tidak melakukan apa-apa kebaikan kepada kita semua rakyat Malaysia sehingga beliau layak dijadikan bahan jenaka, cercaan, umpatan dan lebih teruk difitnah?
6. Selama lima tahun Mohd Najib memacu pertumbuhan ekonomi negara yang begitu cemerlang. Sudah lupakah rakyat Malaysia bahawa sejak pentadbiran Mohd Najib, jumlah pelaburan asing langsung meningkat dari RM 5.1 Bilion pada 2009 (tahun beliau mengangkat sumpah) meningkat kepada RM 29.183 B (2010), RM 37, 325 B (2011), RM 31,118 B (2012), RM 38.8 B (2013) dan RM 39.6B pada 2014.
7. Apakah kerana kita tidak mendapat dan secara langsung, maka kita tidak langsung menghargai pentadbiran Mohd Najib? Pertumbuhan dan pelaburan besar inilah yang membolehkan ramai dari kita meningkatkan taraf hidup. Dulu makan di KFC atau McDonald adalah acara bila dapat gaji, hari ini sebahagian besar sudah menjadi acara mingguan dan harian.
8. Mohd Najib juga dimaki hamun oleh sebahagian rakyat yang tidak mahu membaca dan mengkaji apabila ringgit jatuh kepada RM 4 per USD 1. Kejatuhan nilai ringgit terburuk dalam tempoh 17 tahun adalah fenomena antarabangsa berikutan hampir semua matawang negara pesat membangun mengalami kejatuhan berbanding dolar.
9. Adakah rakyat Malaysia tahu daripada 174 matawang dunia, hanya 18 matawang yang tidak terjejas berikutan pengukuhan US Dollar? Malaysia sebagai negara pengeksport minyak dan minyak kelapa sawit sama seperti beberapa negara yang komoditi utama jatuh.
10. Bencinya mereka kepada Mohd Najib, sanggup menipu mengatakan keadaan sekarang lebih teruk dari 1998.
11. Ramai tidak suka tapi saya mahu sebut juga bahawa di bawah Mohd Najib, pembangunan luar bandar digandakan, Sabah dan Sarawak serta kawasan pedalaman mendapat perhatian khusus. Polisi pro-rakyat seperti BR1M, Klinik 1 Malaysia, Pusat Tranformasi Bandar (UTC), Permata, bantuan pembinaan rumah rakyat miskin, pembinaan rumah mampu milik untuk rakyat dan ratusan pembaharuan lain; dilaksanakan dengan pantas bagi mengurangkan beban hidup rakyat dan karenah birokrasi.
12. Malangnya ini dilupakan oleh sebahagian rakyat kerana mereka suka melihat keburukan dari kebaikan. Kita lebih suka mendengar keburukan dari kebaikan. Budaya apa, ajaran apa dan budi apa yang kita ada hari ini?
13. Sangat mengelirukan yang banyak memaki hamun dan mencerca Mohd Najib di laman sosial ialah manusia Melayu, Islam dan ada yang bertudung. Mereka seolah-olah lupa sumbangan dan usaha Mohd Najib menyediakan begitu banyak peluang dan modal kepada bumiputera dan pembangunan syiar Islam.
14. Sepanjang lima tahun pentadbiran ini sudah berbilion Mohd Najib beri bantuan dan peruntukan kepada kaum bumiputera. Namun Melayu tidak pernah sepatah mengucap terima kasih. Sebaliknya apabila Mohd Najib mengumumkan bantuan 50 juta kepada usahawan Cina, itulah dijadikan modal memaki Mohd Najib.
15. Melayu apa, Islam apa kita ini? Hanya kerana diuji sedikit dalam kegetiran ekonomi kini, kita mula menghina dan mencerca pemimpin Islam. Sebahagian kita menghina pemimpin Islam hanya kerana prasangka buruk dan kecewa dengan kehidupan kita sendiri?
16. Perdana Menteri yang kita hina ini, seperti kata Profesor Ridhuan Tee Abdullah, merupakan penggerak pendamaian Islam di seluruh dunia, dari mengatur pertemuan Fatah dan Hamas di Kuala Lumpur, sehinggalah turun sendiri ke Gaza bagi mendamaikan umat Islam di sana.
17. Mohd Najib juga turun sendiri ke Selatan Filipina bagi membantu umat Islam, menamatkan konflik 70 tahun bangsa Moro dengan kerajaan Filipina; dan sekarang sedang berusaha menyelesaikan konflik umat Islam Selatan Thailand yang telah berlarutan selama 50 tahun.
18. Malangnya ada antara kita bukan sekadar mahu menjatuhkan beliau, malah sanggup memfitnah, memaki hamun dan tidak mahu menerima sebarang penjelasan langsung kerana kepentingan politik. Tidak cukup itu, isteri Perdana Menteri juga dicerca, dihina dan dituduh bermacam-macam, seolah-olah kita semua hidup berjiran dengannya dan tahu segala perilaku beliau.
19. Mohd Najib sebagai manusia biasa tidak dapat lari dari kesilapan dan kelemahan. Namun apakah sekian banyak usaha baik yang dibuat beliau ini tak ubah seperti mencurah air di atas daun keladi? Atau kita sudah menjadi bangsa yang tidak mengenang budi?
20. Hari ini Allah uji kita sedikit, kita sudah berpecah belah, lupa kepada jasa dan usaha pemimpin hari ini dan menafikan nikmat hidup di negara ini yang jauh lebih baik dari sebahagian negara.
21. Sedar atau tidak mereka yang memperlekehkan kerajaan hari ini melalui gosip, taksub dan taklid buta kepada usaha menjatuhkan Mohd Najib telah mewujudkan krisis keyakinan kepada negara ini di kalangan pelabur asing. Jadi siapa yang sedang memusnahkan negara ini, Najib atau kita sendiri?
Akhirul kalam, jangan kita kufur (nafikan) nikmat Allah kerana saya khuatir suatu hari nanti Allah tarik nikmat ini.
Wassalam,
Tan sri syed mokhtar al-bukhary
Sayangkan Islam dan Negara.
Kalau bukan macai yang tulis.. takkanlah Najib yang tulis kot?