Sunday, 23 August 2015

Bekas Manager Nad Zainal Sebar Video Nad Zainal Kurang Ajar Dan Terkangkang Di Rumah Anak Yatim


Bekas manager Nad Zainal cukup berang dengan apa yang telah dilakukan oleh Nad Zainal kepadanya hingga menjatuhkan air muka dan memalukannya. 

Akibat terlalu berang, beliau mendedahkan video sikap Nad Zainal yang sangat kurang ajar dan tidak reti menghormati orang lain.

Dibawah ini adalah kata-kata daripada bekas Manager Nad Zainal.

Haa ni kau nad zainal.. Pakai tudung.. Pergi event kem ramadhan.. Dekat rumah anak yatim klang.. Masuk rumah anak yatim.. Tak salam pengurus atau pengetua anak yatim.. Main handfon dari masuk sampai habis.. Budak2 buat persembahan depan kau.. Kau boleh duk terkangkang.. Main handfon.. Tak layan anak2 yatim tu.. MEMALUKAN.. Kesian anak2 yatim tu macam org bodoh depan kau...!!! Lepas tu bergambar pun sekejap pas tu blah.. Lepas tu admin fans club lain satu team ngn kau masa tu.. Malu dengan perangai kau.. N then pihak yoes mengadu tak puas hati kenapa artis POPULAR.. popular ke?? Perangai macam ini.. Ni aku dapat info semua dari admin fans2 clib artis lain.. Aku pun tak pergi event ni sebab aku dh x keje ngn kau.. Sbb kau ngn family kau.. Kau memalukan aku.. Aku akan saman malu kat kau!!!

Tonton video dibawah:

ggg

SERAM ! Penampakan pocong di rumah Warisan Melayu, Alor Setar. Tak boleh tidur bro !



Georgetown: Seorang pensyarah kolej swasta di Georgetown, di sini, tidak dapat tidur sejurus melihat lembaga aneh seakan pocong di dalam gambar yang dirakam rakannya semasa melawat sebuah rumah kosong di berdekatan Wisma Darul Aman, Alor Setar Kedah, semalam.

Gambar yang diambil oleh rakannya itu dipercayai dirakam pada jam 12 tengah hari di kawasan rumah warisan Melayu di Alor Setar berkenaan.

Mohd Zaidi Mahmud berkata dia tidak menyedari kehadiran lembaga berkenaan namun hanya menyedarinya selepas melihat semua gambar tersebut malam tadi.

"Mulanya saya hanya melihat gambar tersebut sekali imbas dan kemudiannya memuat naik dalam akaun facebook pada petang selepas pulang dari rumah berkenaan.


"Sebelum tidur saya sekali lagi melihat gambar-gambar yang diambil tengah hari tadi (semalam) dan terperanjat selepas saya meneliti di jendela yang berada dihujung sekali ada lembaga seakan pucong sedang merenung keluar dari tingkap di situ," katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di rumahnya di Georgetown, di sini, semalam.

Sumber berkata, pihaknya sukar menafikan perkara berkenaan disebabkan pelbagai kejadian sama pernah didakwa berlaku di rumah Tok Su terbabit.

Menurutnya, rumah berkenaan milik seorang individu Bandar Baharu yang diletakkan di kawasan itu sebagai tarikan pelancongan ketika zaman Tan Sri Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah.

Katanya, rumah berkeluasan 1,700 kaki persegi mempunyai sebanyak 34 tiang, enam ruang utama iaitu beranda, rumah ibu berbumbung Limas potongan Belanda dan Beranjung, ruang tengah, selang dapur dan pelantar.

"Ada pasangan pengantin merakam gambar mereka, tetapi hanya imej rumah saja terpapar," katanya.


Kehebatan Ahmad Maslan Kini Dicabar Ketua UMNO Kepong..


Kehebatan Ahmad Maslan nampaknya kini tercabar dengan kemunculan seorang lagi pemimpin UMNO yang juga Ketua Bahagian UMNO Kepong yang lebih hebat..

<!-more-->Ahmad Maslan dalam ucapannya beberapa hari yang lalu hanya mengatakan beliau sanggup menerima peluru supaya Najib tidak kena tetepi Pemimpin UMNO yang seorang ini ternyata lebih hebat..

Kata Ahmad Maslan “Kalau ditanya Ahmad Maslan adakah sanggup menerima peluru supaya Datuk Najib tidak kena, Ahmad Maslan akan kata, saya sanggup menerima segala peluru,”

Peluru yang dimaksudkan oleh Ahmad Maslan itu boleh ditafsirkan sebagai isu-isu yang digunakan untuk menyerang Najib, lagipun aku yakin Ahmad Maslan tidak begitu bodoh (walaupun terkenal dengan kenyataan-kenyataan bodohnya) untuk ditembak demi Najib.

Ungkapannya itu dipercayai hanyalah sekadar ayat untuk membodek Rosmah dan Najib..

Hari ini muncul seorang pemimpin UMNO yang lebih hebat dalam membodek Najib dan Rosmah, walaupun dah berusia namun jelas jahilnya..

"Saya berani mati untuk Najib. Jangan sentuh Najib. Kalau mahu mati, mahu mati bersama Najib. Itu ikrar kami (ahli UMNO bahagian Kepong). Mati dalam politik adalah lebih baik daripada mati katak,"

Sebagai orang Islam kita ni sepatutnya hidup dan mati demi Allah..  bukannya demi pemimpin yang ada sekarang ni..

Nak bodek pun jangan sampai dianggap sesat!!..

Laporan berkaitan..

KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Kepong, Datuk Rizuan Abd Hamid menegaskan beliau akan berjuang bersama presiden partinya, Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga ke nafas terakhir.

Beliau berkata, terlalu banyak jasa diberikan oleh Najib untuk negara ini terutama dengan melakukan pembaharuan yang lebih baik daripada apa yang dilakuan oleh bekas perdana menteri Malaysia sebelum ini.

"Gagasan 1Malaysia, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bantuan persekolahan, Klinik 1Malaysia, pelbagai jenama 1Malaysia... semuanya untuk bantu orang miskin tidak kira di kampung atau bandar," katanya ketika berucap pada Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian Kepong di Hotel Hilton, KL Sentral pada Ahad.

Menurut Rizuan, ahli UMNO bahagian Kepong perlu menyokong kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Beliau berkata, mereka (ahli UMNO bahagian Kepong) perlu berikrar untuk taat setia tidak berbelah bahagi kepada Najib.

"Saya berani mati untuk Najib. Jangan sentuh Najib. Kalau mahu mati, mahu mati bersama Najib. Itu ikrar kami (ahli UMNO bahagian Kepong). Mati dalam politik adalah lebih baik daripada mati katak," katanya.

Rizuan berkata, walaupun banyak desakan yang meminta Najib meletakkan jawatan, namun ketika ini tiada siapa yang layak untuk menggantikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Katanya, sokongan diberikan kepada Najib kerana beliau masih mempunyai otak yang kuat dan hebat.

"Kenapalah anda semua mahu fikir untuk buang dia? Nak suruh dia berhenti? Adakah ada orang lain yang layak selain daripada Najib? Beritahu saya, ada ke? Zahid Hamidi pun kata beliau tidak bersedia lagi," tambahnya.

Kisah sebenar pocong memang wujud di siang hari di rumah Tok Su ( 2Gambar)

Kisah seorang lecturer di HARIAN METRO  snap gambar kat sebuah rumah warisan melayu yang di kenali sebagai Rumah Tok Su ni terperasan pulak POCONG dalam gambar tersebut.

Rumah tu sememang menjadi tempat tarikan pelancong. Masa ambil gambar tu dia tak perasan apa2 sangat la tapi bila balik rumah tengok balik gambar tu baru dia perasan tepi tingkap dalam rumah tu ada sesuatu serba putih yang seolah2 menyerupai pocong photobomb gambar dia. 

Gambar tu katanya di ambil pada jam 12 tengahari. Pocong sekarang pun dah muncul lunch time yer..  Tak tau sejauh mana kebenaran hantu dalam gambar tu tapi menurut cerita orang la kan.. Katanya memang banyak kejadian pelik & mistik berlaku di sekitar rumah kosong tu. Pernah berlaku satu kejadian dimana pasangan pengantin yang buat photoshot kat kawasan rumah tu.. Bila tengok gambar hanya ada gambar rumah tapi gambar pengantin tak lekat. Misteri sungguh.. teknik apa photographer tu pakai hahahaha..

Bab nampak kelibat makhluk halus dalam gambar ni aku tak berani komen sangat la sebab kesahihannya sangat2 susah untuk di buktikan tapi kewujudan makhluk bernama jin dalam pelbagai jelmaan memang kita tak boleh nafikan benda tu boleh berlaku dengan izin Allah.

Moral of the story.. Hangpa ja dok selfie dia tumpang photobomb sikit dah kecoh keluar harian metro katanya. Hahahaha...

Sedikit info tentang rumah warisan melayu ni. Lokasi Rumah Tok Su sekarang adalah berhadapan dengan Wisma Darul Aman tapi Rumah Tok Su ni bukan Asal dari situ tapi di bawa dari Kampung Permatang Kerat, bandar Baharu kemudian di tempatkan kat situ. Susah jugak nak pasang rumah Tok Su ni. Lebih kurang 4 bulan baru siap. Rumah Tok Su ni di beri nama sempena nama anak bongsu pemilik rumah ni. 




Kisah Sebenar Disebalik Foto Hantu Pocong Yang Tersebar Di Kedah


Georgetown: Seorang pensyarah kolej swasta di Georgetown, di sini, tidak dapat tidur sejurus melihat lembaga aneh seakan pocong di dalam gambar yang dirakam rakannya semasa melawat sebuah rumah kosong di berdekatan Wisma Darul Aman, Alor Setar Kedah, semalam.

Gambar yang diambil oleh rakannya itu dipercayai dirakam pada jam 12 tengah hari di kawasan rumah warisan Melayu di Alor Setar berkenaan.

Mohd Zaidi Mahmud berkata dia tidak menyedari kehadiran lembaga berkenaan namun hanya menyedarinya selepas melihat semua gambar tersebut malam tadi.

"Mulanya saya hanya melihat gambar tersebut sekali imbas dan kemudiannya memuat naik dalam akaun facebook pada petang selepas pulang dari rumah berkenaan.

"Sebelum tidur saya sekali lagi melihat gambar-gambar yang diambil tengah hari tadi (semalam) dan terperanjat selepas saya meneliti di jendela yang berada dihujung sekali ada lembaga seakan pucong sedang merenung keluar dari tingkap di situ," katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di rumahnya di Georgetown, di sini, semalam.

Sumber berkata, pihaknya sukar menafikan perkara berkenaan disebabkan pelbagai kejadian sama pernah didakwa berlaku di rumah Tok Su terbabit.

Menurutnya, rumah berkenaan milik seorang individu Bandar Baharu yang diletakkan di kawasan itu sebagai tarikan pelancongan ketika zaman Tan Sri Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah.

Katanya, rumah berkeluasan 1,700 kaki persegi mempunyai sebanyak 34 tiang, enam ruang utama iaitu beranda, rumah ibu berbumbung Limas potongan Belanda dan Beranjung, ruang tengah, selang dapur dan pelantar.

"Ada pasangan pengantin merakam gambar mereka, tetapi hanya imej rumah saja terpapar," katanya.

CINTA SEJATI LA SANGAT!! Remaja 16 Tahun Nekad Lari Ikut Lelaki Nepal Ugut Akan Bunuh Diri Jika Ibunya Buat Report Polis (5 GAMBAR)


$Hati ibu bapa mana yang tak hancur apabila anak gadis kesayangan mereka nekad melarikan diri bersama warga Nepal atas nama cinta.

Berikut merupakan mesej kenalan mangsa yang masih berusaha menjejaki gadis terbabit:

    Assalammualaikum.
    mohon sebaran.gadis lari rumah disyaki mengikut teman lelaki warga nepal dikenali sebagai RONNY lokasi terakhir Penang, bertatu dikedua-dua tangan (“I AM EVIL” ). Sila hubungi Ayah beliau di talian 012-4544659.
    TERIMA KASIH.



Kepada anda di luar sana yang ada info dan terjumpa gadis berkenaan, segera menelefon nombor yang tertera.

Inilah nukilan gadis tersebut yang meluluhkan hati ibu bapanya:

Berikut pula merupakan gambar dan info mengenai gadis ini:


Al-Fatihah : Mangsa Meraung Lebih Sejam Minta Tolong Sebelum Akhirnya Meninggal Dunia



16 Jan. – “Abang Yan, tolong. Saya sakit, haus”.

Itulah teriakan sakit mangsa kemalangan tragis, Hasna Jawahir, 41, memanggil abang sulungnya, Jamiran Jawahir, 50, semasa tersepit dalam kereta selama lebih satu jam.

Operator pengeluaran kilang itu terlibat dalam kemalangan selepas kereta yang dipandunya dirempuh sebuah lori 10 tan ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat di simpang tiga Jalan Besar, Pekan Bangi Lama, di sini pagi ini.

Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja ke rumahnya di Kampung Rinching Hilir, dekat sini.

Menurut abang sepupunya, Abdul Rahim Mat Som, 53, selepas pihak bomba memaklumkan keja­dian itu, beberapa ahli keluarga termasuk suami dan anak sulung mang­sa bergegas ke tempat kejadian.

“Saya terdiam seribu bahasa melihat anak arwah meraung-raung memanggil ibunya namun ditenangkan oleh ahli keluarga lain.

“Ketika kejadian, mangsa hanya menjerit kesakitan serta memanggil abang sulungnya, Jamiran,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Kejadian menyayat hati itu berlaku kira-kira pukul 7.30 pagi semasa mangsa memandu kereta jenis Proton Iswara Aeroback untuk pulang selepas waktu kerjanya tamat.

Semasa tiba di tempat kejadian, Hasna yang memberhentikan kenderaannya di persimpangan lampu isyarat dirempuh dan diseret sebuah lori 10 tan yang membawa muatan batu.

Tidak cukup dengan itu, pemandu lori dikatakan gagal memberhentikan kenderaannya lalu merempuh tiga lagi kenderaan lain yang turut berhenti menunggu lampu isyarat.

Akibat rempuhan tersebut, mangsa tersepit di kerusi pemandu selama lebih sejam sebelum berjaya dikeluarkan pasukan Bomba dan Penyelamat.

Bagaimanapun, mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia kira-kira dua jam selepas itu ketika mendapatkan rawatan di Hospital Serdang, dekat sini.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, pemandu lori yang da­tang dari arah Jalan Bangi-Semenyih itu dipercayai gagal menga­wal kenderaanya sebelum terbabas ke Jalan Bangi Lama lalu merempuh kereta yang dipandu Hasna.

“Lori berkenaan turut menghe­ret kenderaan mangsa dan kemudiannya mengenai tiga lagi ken­deraan lain yang berada di kawasan berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah jurucakap itu, akibat rempuhan, mangsa terperosok di bawah lori dan mangsa tersepit di kerusi pemandu.

“Orang ramai yang berada di lokasi kejadian berjaya mengeluarkan pemandu sebuah lagi kereta dan membantu mangsa lain. Namun mereka gagal menyelamatkan Hasna yang terperosok.

“Usaha menyelamatkan wanita itu kemudian dilakukan pasukan bomba. Dengan bantuan kren, bomba dapat mengangkat lori 10 tan berkenaan sebelum berjaya mengeluarkan mangsa pada kira-kira pukul 8.47 pagi

Jurucakap itu berkata, kes itu kini disiasat mengikut Sek.41 (1)(A) Akta Penangkutan Jalan 1987.

Abdul Rahim berkata, dia dan keluarga menganggap kejadian tersebut sebagai takdir.

“Walaupun Hasna berjaya di­selamatkan namun, Tuhan lebih menyanyangi dia.

“Cuma saya agak menjadi pilu apabila mengenangkan nasib anak-anak saudara saya selepas ini,” jelasnya.

Mangsa meninggalkan tiga orang anak iaitu Mohd Hariz Hafiz, 21; Afizan Hafiz, 11, dan Aina Hafiz, 5.

ad banner