Tuesday, 2 June 2015

TUN M MENGAMUK! DEDAHKAN SEMUA PENIPUAN NAJIB RAZAK !





 1 / 1 
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan kesedihannya apabila terpaksa mengakui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berbohong dalam kes wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Melalui catatan terbaharu di blognya, hari ini, Dr Mahathir menyenaraikan dua pembohongan yang didakwanya dilakukan oleh Najib.

“Amatlah menyedihkan apabila saya dapati saya tidak dapat elak daripada kenyataan bahawa Perdana Menteri berbohong. Dalam kes wang 1MDB yang dikatakan telah dibawa balik dari Pulau Cayman dan disimpan dalam bank BSI Singapura, jawapan bertulis oleh Perdana Menteri kepada soalan Parlimen tidak menepati kebenaran sama sekali.

“Pembohongan yang pertama ialah tidak ada wang tunai 1MDB yang dibawa balik. Kedua, tidak ada wang tunai yang dimasukkan ke dalam bank BSI di Singapura.

“Ini jelas dari pindaan kepada jawapan yang pertama, iaitu bukan wang tunai berjumlah USD 1.103 billion (RM3.6 billion), dimasukkan dalam bank BSI tetapi dokumen (surat pengakuan) yang disimpan dengan bank. Apa dia nya surat ini tidak dijelas tetapi yang jelas ialah ia bukan wang tunai,” katanya.

Rabu lalu, Najib melalui jawapan bertulis di Parlimen menjelaskan baki pelaburan 1MDB yang diuruskan oleh Cayman Monetary Authority sebanyak AS$1.1 (RM4.022) bilion ditebus dalam bentuk aset dan bukannya wang tunai.

Menurut Najib, penjelasan itu merupakan pindaan kepada jawapan kerajaan sebelum ini bahawa baki dana pelaburan 1MDB ditebus dalam bentuk wang tunai.

Menyentuh bank BSI, Dr Mahathir membangkitkan soal laporan yang dibuat bank tersebut kepada Penguasa Kewangan Singapura (MAS)

“Bank BSI telah menyatakan selepas itu bahawa dokumen yang menyatakan simpanan dibuat oleh anak syarikat 1MDB, Brazen Sky adalah palsu dan bukan daripadanya. Maka jelaslah kenyataan bertulis yang kedua oleh Najib kepada Parlimen bahawa yang disimpan adalah dokumen juga tidak benar.

“BSI bank telah lapor kepada MAS bahawa tidak ada wang 1MDB yang disimpan dengannya. Pada kebiasaannya MAS melapor maklumat ini kepada Bank Negara.

"Ini jelas daripada pengakuan bahawa kononnya laporan ini tertakluk kepada protokol kerahsiaan antarabangsa (Egmont principles of information exchange) dan kehendak kerahsiaan di bawah seksyen 10 AMLA. Dari kenyataan ini adalah jelas bahawa Bank Negara telah terima laporan Monetary Authority Singapore.

“Tujuan merahsiakan tentulah kerana ada sesuatu yang tidak kena atau pembohongan yang telah dilakukan apabila Najib menjawab soalan bahawa wang tunai telah disimpan dengan bank BSI di Singapura,” katanya.

Menurut Dr Mahathir, perbuatan menyembunyikan kesalahan dalam urusan kerajaan adalah salah di sisi undang-undang malah beliau berkata, wujud unsur jenayah yang memerlukan siasatan dan jika wang itu tidak juga dapat dikesan maka proses undang-undang hendaklah diambil terhadap semua pihak yang terlibat.

“Adalah jelas bahawa dalam kes wang tunai yang didakwa oleh Perdana Menteri dan pegawai-pegawai kerajaan, Bank Negara dan 1MDB telah dibawa balik dari Pulau Caymans dan disimpan di bank BSI di Singapura serta pindaan kepada jawapan pertama bahawa bukan wang tunai yang dibawa balik dan disimpan di Singapura, tetapi dokumen, kesemuanya tidak benar.

"Mereka yang membuat laporan yang salah ini telah melanggar undang-undang jenayah Seksyen 218,” katanya.

Sebab Kenapa Bayi Menangis

Ketahui 10 Sebab Kenapa Bayi Menangis


Kenapa bayi menangis malam? Kenapa bayi menangis ketika menyusu? Lebih-lebih lagi bila menjelang waktu Maghrib. Tentu ramai yang melalui pengalaman ini, sibuk membaca doa untuk menjauhkan diri dari syaitan. Bagi ibu muda, ini mungkin merungsingkan. Mari kita rungkaikan apa sebenarnya yang bayi mahu.

Menangis bagi seorang bayi adalah normal. Bayi akan menangis tanpa mengira masa dan tempat. Disebabkan bayi masih kecil dan tidak mampu untuk berbuat apa-apa untuk dirinya, bayi hanya bergantung kepada orang lain untuk memahami akan dirinya. Menangis adalah cara bagi seorang bayi memberitahu sesuatu kepada orang sekelilingnya.

Sebagai seorang ibu atau bapa yang baru sahaja melangkah ke dunia keibubapaan, pasti sukar untuk menentukan apa yang bayi mahukan jika mereka menangis. Samada mereka lapar, sakit, panas atau sejuk. ia pasti membuatkan anda resah dan bimbang kerana masih tidak mengetahui akan keperluan dan kemahuan bayi. Namun, lama-kelamaan anda akan mula mengecam akan corak tangisan bayi anda. Mengenali anak dengan lebih dekat lagi akan membuatkan anda faham akan keperluannya.


Kenapa bayi menangis ?

Berikut adalah antara sebab-sebab bayi anda menangis. Ia mungkin dapat membantu anda memujuknya atau memenuhi keperluannya.

1. Saya lapar!

Bayi anda mungkin lapar dan inginkan susu. Ada beberapa tanda menunjukkan bahawa bayi ingin minum susu seperti menghisap jari dan menggerak-gerakkan mulutnya ke kiri dan ke kanan kerana mencari susu ibunya. Perut bayi bukan seperti perut orang dewasa. Mereka hanya boleh mengisi susu dalam kuantiti yang sedikit sahaja dalam satu-satu masa. Ini menyebabkan bayi akan kerap menyusu bagi memenuhi keperluannya. Berikanlah dia susu selagi dia mahu. Jika dia kenyang dia akan berhenti dan mungkin akan tertidur.

2. Lampin saya penuh!

Bayi menangis mungkin kerana lampinnya sudah kotor dan dipenuhi najis. Periksa lampinnya dan segera cuci dan tukar lampin baru jika anda mendapati lampinya sudah penuh. Bayi akan kembali selesa jika lampinnya kering.

3. Saya tidak sihat!

Bayi anda mungkin ingin memberitahu bahawa dia tidak sihat seperti demam, selsema, batuk atau kolik. Cuba periksa suhu badannya. Jika benar dia tidak sihat, bawalah bayi anda berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.

4. Saya sangat sejuk/ sangat panas!

Seorang bayi masih tidak mampu menyesuaikan diri dengan cuaca yang terlalu sejuk atau terlalu panas. Mereka akan rasa tidak selesa dan akan menunjukkan reaksi seperti menangis bagi memberitahu orang sekelilingnya. Bedunglah atau selimutlah jika bayi anda terlalu sejuk atau pakaikanlah dia baju yang nipis jika dia terlalu panas.

5. Saya mahu tidur!

Bayi bukan pelik atau mengada-ngada. Namun itulah fitrah seorang bayi. Walaupun dia mahu tidur, kadangkala dia akan menangis untuk memberitahu ibu yang dia mahu tidur. Cuba baringkan dia, atau dodoikan lembur bayi anda. ada juga bayi tidur ketika menyusu susu ibunya. Tepuk-tepuk lembut dan alunkan ritma yang harmoni. Jika benar dia mengantuk, pasti dia akan terlena jua.

6. Saya mahu dipeluk!

Jika bayi anda sudah kenyang atau lampinnya kering dan dia masih menangis, cuba peluk dan manjainya. Bawa bayi anda rapat ke badan. Mungkin itu yang dia mahukan!

7. Saya mahu bermain!

Cuba anda bermain dengannya. Permainan ringan tetapi menghiburkan seperti peek-a-boo, pasti menyeronokkan.

8. Saya mahu berehat!

Bayi anda mungkin mahu memberitahu anda bahawa dia mahu berehat dan letakkannya di bawah. Dia mungkin mahu bebaskan kai dan tangannya dari pelukan atau bedungan.

9. Saya mahu selesa!

Jika anda pergi ke tempat baru atau berjalan-jalan terlalu lama, ini juga akan membuatkan bayi rasa tidak selesa dan menangis. Dia akan resah jika persekitarannya berbeza dengan keadaan rumahnya. Cuma hadkan waktu melawat anda ketika ziarah atau berjalan-jalan.

10. Saya tidak tahu apa yang saya mahu!

Di dalam Islam, kita percaya bahawa ada makhluk lain yang ghaib yang mungkin akan menganggu bayi. Perbanyakkanlah membaca al-Qur’an dan zikir bagi mengelakkan gangguan makhluk halus. Kita percaya bahawa setiap penyakit ada penawarnya dan kita digalakkan berusaha untuk memberikan kesembuhan.

Selamat mencuba dan sentiasalah bersabar menghadapi kerenah bayi anda.

Insiden Ludah : Nazmi Faiz Dihukum Gantung 6 Perlawanan



Singapura - Berikutan insiden meludah ketika perlawanan bola sepak menentang Timur Leste baru-baru ini, pemain negara, Muhammad Nami Faiz Mansor dikenakan hukuman digantung enam perlawanan.

Keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada hari ini.

Perkara tersebut disahkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM) melalui satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasminya hari ini.

"Rasmi: J/kuasa Tatatertib AFC memutuskan Nazmi Faiz Mansor digantung enam perlawanan kerana meludah pemain Timor Leste Sabtu lalu," . - Siakapkeli.my

Tayar Pesawat MAS MH197 Pecah Ketika Mendarat



KUALA LUMPUR 2 Jun - Pesawat MAS penerbangan MH197 dari Kuala Lumpur ke Mumbai mencetus perasaan cemas penumpang dan kru kapal apabila tiga tayar pesawat tersebut pecah ketika mendarat di lapangan terbang Mumbai, malam Ahad lepas.

Memetik laporan dari Utusan Malaysia, kesemua 193 penumpang dan kru kapal selamat.

Menurut pegawai kanan lapangan terbang Mumbai, tiga tayar di sebelah belakang dan kanan pesawat pecah ketika mendarat tetapi juruterbang dapat mengawal keadaan.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dari pihak MAS berkenaan kejadian tersebut.

Anwar Ibrahim Ditahan Di HKL Selepas Alami Masalah Kesihatan



SHAH ALAM: Selepas mengadu mengalami beberapa masalah kesihatan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Memetik laporan Antarapos, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mengesahkan Anwar dibawa ke hospital oleh pihak pengurusan Penjara Sungai Buloh pada siang tadi, dan akan ditahan dalam satu tempoh hingga kesemua urusan perubatan selesai.

"Besar kemungkinan Anwar akan ditempatkan di HKL untuk jangka masa panjang untuk dilakukan pemeriksaan dan buat penyiasatan ke atas penyakitnya.

"Ada tiga masalah kesihatan Anwar. Pertama, suspek najis berdarah yang berkemungkinan disebabkan pendarahan dalaman. Bagaimanapun ia akan disahkan oleh pakar kelak. 

"Keduanya, sakit di bahagian bahu kanannya (selepas kemalangan tahun lalu) yang memerlukan rawatan dan fisioterapi. Ketiga, sakit di bahagian belakang badannya," ujar Johari.

PKR pada Sabtu lalu mendakwa tahap kesihatan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu semakin membimbangkan apabila kehilangan sebanyak enam kilogram berat badan, terdapat simpton kesan darah dalam sampel najisnya dan mengalami kecederaan di beberapa bahagian badannya.

Anwar kini dipenjarakan selama lima tahun selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. -Siakapkeli.my

Biadap, Pelancong Asing Muatnaik Gambar Telanjang Bulat Di Atas Puncak Kinabalu


KOTA KINABALU: Tindakan sekelumpulan pelancong asing yang memuatnaik gambar yang memaparkan gambar mereka sedang berbogel di atas puncak gunung Kinabalu dan tindakannya itu telah menjadi viral di laman sosial.

Kerana tindakan pelancong tersebut telah menimbulkan kemarahan penduduk tempatan.

Gambar tersebut telah diambil pada 30 Mei lalu dimana ia menunjukkan sekumpulan pelancong lelaki dan perempuan serenta telah bertelanjang bulat di puncak tertinggi di Asia Tenggara itu dengan alasan 'membuang air kecil'.




Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah (TTS) Datuk Seri Tengku Zainal Adlin Tengku Mahamood berkata, pihaknya telah menjalankan sisatan berkaitan kejadian ini.

"Sikap pendaki ini menunjukkan perbuatan tidak menghormati kepercayaan segelintir masyarakat tempatan yang beranggapan gunung ini sebagai tempat suci mereka.

"Setiap pendaki juga sudah diberitahu mengenai perkara yang boleh atau tidak boleh dilakukan ketika mendaki gunung ini." katanya dipetik Harian Metro. - Siakapkeli.my

Luahan Hati Salah Seorang Dari 6000 Pekerja Malaysia Airlines Yang Bakal Diberhentikan Kerja


SEPANG: “Saya tidak tahu apa akan dilakukan selepas ini kerana masih terkejut selepas menerima surat penamatan perkhidmatan daripada Penerbangan Malaysia (MAS),” kata seorang kakitangan Malaysia Airlines, Hafiz,30, yang telah ditamatkan perkhidmatan.

Memetik laproan Kuala Lumpur Post,Hafiz adalah salah seorang dari 6000 kakitangan MAS yang telah ditamatkan perkhidmatan selepas tujuh tahun berkhidmat dengan syarikat penerbangan nasional tersebut.

Menurutnya, surat notis penamatan yang dipos ke rumah dibuka isteri dimana ia telah dibuka oleh isterinya sebelum memaklumkan kepada beliau yang sedang bekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Katanya, kerana notis penamatan kerja itu dia terpaksa mencari kerja lain sebelum 31 Ogos di mana tarikh tersebut adalah hari terakhir perkhidmatannya dengan MAS.

“Bukan senang untuk mencari kerja lain ketika ini, tambahan pula saya sebagai ketua keluarga perlu menyara isteri dan anak.

“Buat masa ini saya tidak tahu apa perlu dilakukan. Walaupun agak tertekan, saya reda dan percaya akan ada rezeki lain untuk kami sekeluarga,” katanya yang kelihatan sugul ketika ditemui oleh wartawan Kuala Lumpur Post.


Pada Ogos 2014, Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) yang merupakan pemegang saham terbesar MAS telah mengumumkan 12 langkah pelan penstrukturan semula MAS bernilai RM6 bilion dimana mereka akan menubuhkan entiti baru dikenali sebagai Malaysia Airlines Berhad (MAS NewCo) menyebabkan 6,000 pekerja daripada pelbagai peringkat diberhentikan.

Pada awal Mac lalu, Khazanah memaklumkan mereka akan melakukan penilaian semula bakat yang meliputi 20,000 pekerja MAS selesai pada 2 Februari dan nasib pekerja hanya diketahui 1 Jun. - Siakapkeli.my

ad banner