Wednesday, 30 September 2015

Ammar Alfian buat tatu akibat putus cinta, inilah 7 Gambar wanita yang mengecewakan Ammar

Setiap orang pasti ada kisah silam tersendiri, sama ada baik atau buruk kadang kadang ianya akan kembali menghantui kita yang mahu melupakannya. Cewah. Tidak terkecuali pelakon lelaki yang terkenal dengan imej bad boy, Ammar Alfian yang kembali menjadi bualan ramai.

Sejak akhir akhir ini, Ammar Alfian dilihat banyak memuat naik gambar dirinya di Instagram yang menampakkan tatu di bahagian bahu beliau dan ini menimbulkan persoalan di kalangan peminat sama ada tatu itu bersifat sementara atau kekal.

Bercakap kepada Harian Metro hari ini, Ammar Alfian mengakui beliau tidak berniat untuk mencari publisi murahan dengan menayangkan diri tanpa berbaju di Instagram kerana ramai juga selebriti yang melakukan perkara sebegitu selama ini.

“Tatu di dada dan bahu saya itu dibuat selepas putus cinta dengan seorang pelakon kira-kira dua tahun lalu. Niat saya memuat naik gambar dalam keadaan begitu kerana itu adalah diri saya. Inilah kehidupan saya. Saya tidak perlu menjadi orang lain demi menjaga hati orang lain,” jelasnya.

Ammar Alfian juga menambah yang beliau ada rancangan untuk membuang tatu berkenaan namun belum berkesempatan selain kesan buruk epada kulitnya beliau menangguhkan dahulu hasrat tersebut selain berharap dapat melakukannya di luar negara.

“Mereka turut menyarankan saya melakukannya di Amerika Syarikat kerana di sana kaedahnya lebih bagus tanpa sebarang kesan parut. Jika ada rezeki memang saya mahu ke sana untuk membuang tatu ini,” tambahnya.








BIAR BETUL!! Media Indonesia Dakwa 28 Petugas Haji Akan Dipancung Gara-Gara Rempuhan Di Mina




#$Sebuah media dari Indonesia mendakwa bahawa seramai 28 petugas haji yang bertugas semasa tragedi rempuhan di Mina baru-baru ini akan di jatuhkan hukuman pancung atas arahan Raja Salman.

Berita ini dilaporkan oleh LensaIndonesia dan Makassar Tribune, di mana mereka mendakwa Raja Salman telah mengeluarkan perintah berkenaan kerana mereka bertanggungjawab memastikan keselamatan jemaah.

Bagaimanapun menurut portal berita Indonesia ini, keputusan menghukum pancung 28 petugas Mina itu didakwa diambil oleh Raja Salman kesan dari tuduhan yang diterima puteranya Pangeran Mohammad bin Salman al Saud yang dituduh sebagai penyebab tragedi yang meragut nyawa ratusan jamaah haji tersebut.

Perkara itu juga di dakwa untuk menutupi kesalahan anggota keluarga kerajaan Arab Saudi, dakwa media Indonesia itu lagi.

Sementara itu, memetik laporan kompasiana, hukuman pancung (qisas) atau hukuman dengan cara pemenggalan kepala adalah hukuman tertinggi bagi mereka yang terbukti secara hukum bersalah telah melakukan penghilangan nyawa manusia. Setelah melalui proses pengadilan hingga vonis eksekusi, pihak terdakwa sebenarnya masih memiliki harapan hidup apa bila pihak ahli waris korban jika diberi kemaafan.

Portal itu juga melaporkan, Pengajar Hukum Pidana Islam, Universitas Islam Negeri(UIN) Syarif Hidayatullah, Jakarta, Nurul Irfan: “Dari berbagai negara Islam, Arab Saudi lah yang paling ketat menerapkan qisas hukuman pancung, karena Arab Saudi menerapkan langsung ayat Al Quran, Surat Al-Baqarah ayat 178.

Dalam ayat tersebut disebutkan; kewajiban hukum qisas pada orang­-orang yang terbunuh, orang merdeka dengan orang merdeka, hamba sahaya dengan hamba sahaya dan perempuan dengan perempuan. Akan tetapi barangsiapa yang diampunkan untuknya dari saudaranya seba­gian, maka hendaklah mengikuti dengan yang baik, dan tunaikan kepadanya dengan cara yang baik.

Dari ayat ini, ada perkecualian hukum qisas yaitu apabila keluarga korban memaafkan. Sebagai pemaaf tersebut, pembunuh mengganti denda dengan 100 ekor unta, 40 diantaranya unta yang sedang hamil.

Namun menurut kompasiana, berlakunya hukum qisas bukannya tanpa kritik. Dimana sehingga saat ini tidak ada hukum acara yang pasti untuk menentukan bagaimana cara pembuktian di pengadilan. Selain itu juga sistem pengadilan disana yang tidak terbuka, kemudian model struktur kepemimpinan pemerintahanannya.

“Di sana, Raja menguasai ulama. Ulama yang tidak sesuai dengan keyakinan Raja, disingkirkan.

“Apapun tak akan ada yang bisa membuat Al-Quran jadi hina karena memang sudah mulia. Adakah Rasul pernah menghukum mati orang yang pernah menghinanya?, tulis laporan itu lagi.

Sementara itu, organisasi penggiat hak asasi manusia Amnesty International mengecam eksekusi mati itu.

“Praktik ini telah dikecam secara luas di dunia dan Arab Saudi seharusnya menanggapi kesempatan untuk mempertimbangkan kembali kebijakan mengenai hukuman mati”, kata Philip Luther dalam pernyataan yang ditulis menerusi website Amnesty International.

Bagaimanapun, ada juga media Indonesia masih melaporkan perkara itu hanyalah spekulasi semata-mata.

“Banyak pihak berspekulasi bahawa hukuman tersebut adalah perkara yang di kambing hitamkan terhadap 28 petugas yang dihukum pancung itu,” lapor kompasiana.

Bagaimanapun sehingga kini kami belum menerima apa-apa lagi berita mengenai kesahihan perkara ini dan menunggu sidang media khusus tentang penyebaran berita ini.

Dalam insiden itu, seramai 717 jemaah haji terkorban manakala 863 yang lain cedera.

Seorang jemaah dari Malaysia, Zulkifly Samad, 50, dari Ampang turut terbunuh dalam insiden tersebut yang berlaku pada 24 September lalu.


sumber asal

MISTERI !!! Rumah Ini Tidak Berpenghuni Sejak 1956 , Apabila Pemilik Baru Berpindah , Dia Sangat Terkejut Apabila Mendapati...!!!




Apa yang anda lihat di sini bukanlah daripada filem, namun ia adalah gambar dapur asal yang dibina pada tahun 1956 yang tidak disentuh hampir 60 tahun....

Pada tahun 2010, pereka perabot Amerika, Nathan Chandler, membeli sebuah rumah yang tidak didiami sejak tahun 1956. Secara amnya, mesti kita terbayangkan akan menjumpai banyak habuk dan sampah seperti dalam rumah-rumah lama. Namun, perkara sebaliknya berlaku apabila pemilik baru itu mendapati semua tempat terutamanya dapur, dalam keadaan baru dan sempurna.... Pemilik sebelumnya telah membinanya sekali dilengkapi dengan perabot rumah, tetapi tidak pernah menetap di sana....

















sumber

Wajib tahu !!! Mengapakah Doa Anda Tidak Dimakbulkan...." Kerana Hati kamu buta disebabkan 10 perkara "





Seorang ahli tasawuf yang terkenal, Ibrahim bin Adham dikerumuni oelh orang ramai semasa beliau ke pasar Basrah. Ada di antara mereka bertanya, mengapakah doa mereka tidak dimakbulkan oleh Allah, sedangkan mereka selalu berdoa kepada-Nya. Maka Ibrahim bin Adham menjawab, "Kerana hati kamu buta disebabkan 10 perkara..... "

10 perkara yang menyebab hati buta yang dinyatakan oleh beliau ialah :

1. Kamu mengenal Allah tapi kamu tidak tunaikan hak-Nya.

2. Kamu mencintai Rasulullah tetapi menolak sunahnya.

3. Kamu membaca al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.

4. Kamu makan nikmat Allah tetapi kamu tidak mensyukurinya.

5. Kamu berkata syaitan itu musuh kamu tetapi tidak menentangnya.

6. Kamu berkata syurga itu benar tetapi tidak beramal untuknya.

7. Kamu berkata neraka itu benar tetapi tidak lari daripadanya.

8. Kamu berkata mati itu benar tetapi tidak bersedia baginya.

9. Kamu bangun dari tidur dan menceritakan keaiban manusia tetapi lupa keaiban sendiri.

10. Kamu kebumikan mayat tetapi tidak mengambil iktibar daripada mereka.

AWAS !!! 10 Jenis Hantu Paling Menyeramkan Di Serata Dunia...#2 Paling Menakutkan Tak Sanggup Nak Tengok !

Setiap negara di seluruh dunia ada kisah hantu paling seram yang tersendiri. Cerita-cerita seram ini biasanya dibawa dari mulut ke mulut. Hantu paling seram yang pernah kita dengar seperti langsuir, pontianak dan sebagainya, tetapi bagaimana di negara-negara luar? Adakah hantu paling seram bagi mereka?

Jom kita lihat 10 hantu paling seram di serantau dunia.

Zombie

Zombie

Zombie adalah mayat yang bangkit dari alam kubur. Rupanya amat mengerikan dengan tubuh yang tidak sempurna, badan dipenuhi darah dan organ-organ badan tidak mencukupi. Zombie amat laparkan daging benda-benda hidup termasuklah manusia dan haiwan. Zombie membunuh mangsanya hidup-hidup dengan menggigit, menarik keluar isi perut dan merobek lapisan-lapisan kulit. Sesiapa yang terkena gigitan atau cakaran zombie akan turut bertukar menjadi zombie.

Aswang

Aswang

Hantu paling seram berasal dari Filipina. Pada siang hari, ia berbentuk manusia yang bersifat pendiam. Malamnya ia akan bertukar menjadi makhluk yang kejam dan menyeramkan. Aswang amat kuat dan mampu bertukar menjadi beruang raksasa hitam.

Yurei

Yurei

Yurei adalah hantu paling seram di negara Jepun. Berkulit pucat, berambut panjang, berjalan mengambang dan dikelilingi oleh bola-bola api yang dipanggil "Hitodama". Yurei biasanya hantu yang kembali ke dunia untuk membalas dendam. Sentiasa hauskan darah manusia. 

Rugaru

Rugaru

Rugaru pada asalnya adalah manusia normal. Pada usia 30an, tanpa disedari oleh dirinya sendiri, dia telah berubah menjadi Rugaru. Keadaan tidak normal ketika ingin menjadi rugaru adalah, dia sentiasa berasa lapar dan memakan apa saja dihadapannya. Hinggalah pada satu ketika hanya daging manusia yang mampu memuaskan nafsu laparnya.

Banshee

Banshee

Banshee berupa wanita tanpa seurat pakaian, rupa yang menyeramkan dan berambut panjang. Banshee adalah lambang kepada kematian. Dia akan muncul dan menangis di belakang orang yang akan meninggal.

Bloody Mary

Bloody Mary

Bloody Mary adalah antara hantu paling seram di dunia barat. Asalnya dia tuduh membunuh anaknya sendiri untuk satu ritual ilmu hitam. Masyarakat pada ketika itu amat marah kepadanya dan menyeksanya sehingga meninggal dunia. Untuk memanggil hantu Bloody Mary, seru namanya 3 kali dihadapan cermin.

Doppelganger

Doppelganger

Doppelganger adalah hantu paling seram yang mampu mengubah bentuknya menyerupai anda. Bukan setakat rupa dan bentuk badan, malah ia mampu meniru pakaian yang sedang anda pakai dan tingkah laku anda. Kononya, jika anda melihat Doppelganger, bermakna waktu kematian anda sudah hampir tiba.

Wendigo

Wendigo

Kisah Wendigo berasal dari Amerika Syarikat. Makhluk ini tinggi, besar, mempunyai taring dan mempunyai rupa seperti serigala. Kehidupannya adalah di kawasan pergunungan dan hutan. Ia perlu memakan daging manusia untuk hidup lebih lama.

Incubus

Incubus

Mempunyai wajah yang menyeramkan, bertanduk dan bersayap di punggung. Sentiasa muncul di waktu malam dan sasarannya adalah gadis-gadis muda yang sedang lena diulit mimpi. Setelah menemui sasarannya, Incubus akan mengadakan hubungan k3lamin dengan sasarannya secara ghaib bertujuan untuk mengandungkan anaknya. Apabila mengandungkan anak Incubus, janin di dalam kandungan akan menyebabkan ibu sakit dan lemah secara perlahan-lahan dan seterusnya meninggal dunia. Apabila si ibu meninggal, maka lahirlah zuriat Incubus di alam ghaib.

Changeling

Changeling

Makhluk yang digelar Changeling ini mampu menyerupai kanak-kanak. Biasanya ia menyerupai kanak-kanak yang anda kenali.

Penyamarannya dari segi rupa boleh dikatakan 100% sama dengan kana-kanak tersebut cuma kelakuannya agak berbeza.

Changeling akan menyerupai kanak-kanak yang anda kenali setelah kanak-kanak itu diculik oleh makhluk ghaib yang lain. Changeling akan terus hidup  dan akan membawa bencana kepada anda.


Sumber: Buahtopoh.blogspot.com

KISAH BENAR !!!! Penumpang Misteri Van Jenazah..Lebih Memeranjatkan Lagi Bila...

Beberapa tahun lalu, semasa menjalani latihan industri di sebuah syarikat telekomunikasi tempatan, saya disediakan sebuah rumah banglo besar di sebuah bandar kecil di Melbourne, Australia.
Haunted mansion

Banglo konkrit berbentuk klasik ini terletak agak jauh daripada rumah-rumah lain. Suasana sunyi sepi. Saya teruja untuk memulakan kehidupan baru walaupun hanya sebuah bandar kecil.

Setiap hari saya menghabiskan masa yang sangat panjang berada di pejabat menyiapkan tugas-tugas penting dan apabila tiba di rumah saya betul-betul letih dan lesu.

Biasanya, selepas balik kerja, saya akan terus mandi dan berbaring di sofa ruang tamu sambil menonton televisyen sebelum bergerak ke bilik tidur.

Pada suatu malam, saya telah tertidur akibat terlalu letih. Malam itulah saya bermimpi yang sungguh aneh. Dalam mimpi itu saya melihat ada suatu lembaga aneh sedang asyik memerhatikan saya tidur.

Hantu di hujung katil
Lembaga itu betul-betul berdiri berdekatan kaki katil.

Lembaga aneh itu bersandar pada saya dengan wajah yang sangat marah. Wajah lembaga itu kelihatan seperti seorang lelaki tua yang sedang marah.

Matanya merenung tajam ke arah saya seolah-olah tidak berpuas hati. Renungan tajam itu membuatkan saya berasa amat takut lantas terjaga.

Perasaan saya mula bercampur-baur. Saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan rumah banglo lama itu. Perasaan saya tidak keruan. Sukar hendak diceritakan.

Pada malam ketiga menginap di rumah banglo itu, tiba-tiba suhu bilik jatuh ke paras yang sangat rendah.

Saya terjaga kesejukan sampai menggigil. Lebih memeranjatkan, saya terbatuk-batuk dan keluar wap semasa bernafas.

Pelik, mengapa suhu bilik tidur saya terlalu sejuk? Adakah suhu sejuk ini datang dari luar? Saya tertanya-tanya sendirian.

Saya mula mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena. Kenapa tiba-tiba saja rasa sejuk sampai tahap berais di dalam bilik tidur saya?

Sekonyong-konyong, dari sudut penjuru meja bar, saya terlihat lembaga berkabus yang sedang bergerak beralun, perlahan-lahan melepasi bilik tidur saya. Saya menggosok-gosok mata untuk memastikan bukan bermimpi. Apakah objek aneh itu?

Hantu kabus
Kabus itu bergerak-gerak, beralun-alaun sekitar bilik.

Saya cuba bangun perlahan-lahan sambil menggigil kesejukan. Saya melihat kabus tersebut masih bergerak-gerak, beralun-alun. Saya memberanikan diri berjalan ke hadapan sedikit untuk melihat apakah sebenarnya yang sedang berlaku.

Saya cuba mengekori pergerakan lembaga berkabus itu. Tapi sebaik saya membuka pintu utama dihadapan rumah, kabus itu terus hilang.

Paling memeranjatkan saya, udara di luar rumah panas tapi mengapa dalam rumah bilik tidur sejuk menggila? Saya periksa suis air cond tapi tidak dibuka. Keanehan itu terus menghantui saya.

Seminggu sudah berlalu. Macam biasa balik rumah saya terus masuk ke bilik tidur. Tapi, petang itu sebelum melelapkan mata, saya terdengar bunyi tapak kaki persis seperti ada orang sedang berjalan.

TAP! TAP! TAP!

Bunyi asing itu datangnya dari arah ruang tamu. Tikus? Soal saya sendirian. Tiba-tiba bunyi derap tapak kaki itu hilang. Saya cuba tenangkan hati dan merancang untuk memanggil pembasmi tikus keesokkan hari.

Lalu, saya bangun menuju ke dapur untuk mengambil air minuman. Semasa berjalan di lorong kecil menuju ke dapur, saya terus mematikan langkah.

Saya terkejut besar. Saya ternampak ada sesuatu sedang berdiri di hujung lorong sempit itu. Kelibatnya hitam dan besar. Dada saya mula berdebar-debar. Mujurlah objek itu menghilang daripada pandangan.

Hantu kabus
Ada sesuatu sedang berdiri dihujung sempit itu.

Saya terus memberanikan diri terus berjalan ke ruang tamu cuba mencari objek hitam tadi tapi puas melilau memerhatikan ia tidak kelihatan di mana-mana.

Banglo ini memang tidak banyak perabot jadi tiada tempat boleh bersembunyi. Tapi setelah disiasat memang tiada sesiapa pun berada dalam banglo ketika itu kecuali saya seorang.

Setelah mengalami gangguan menyeramkan sejak seminggu tinggal disitu, saya semakin tidak selesa. Apa yang telah berlaku dalam banglo lama ini?

Saya pula tidak bermimpi atau mengalami halusinasi. Saya pasti lembaga besar, hitam berkilat yang saya lihat tadi benar-benar menyerupai seorang lelaki.

Saya berasa bingung. Siapa patut saya tanya dan apa yang patut saya buat untuk mengatasi gangguan mistik ini?

Saya biarkan saja kejadian pelik ini berlalu. Tapi beberapa malam kemudian saya kembali mengalami mimpi ngeri.

Ketika itu saya merasakan ada seorang sedang memerhatikan dan jantung saya berdegup kencang sehinggalah saya terbangun daripada tidur.

Sebaik terjaga, perasaan saya kuat menyuruh agar saya ke bahagian kanan bilik tidur. Tiba-tiba saya terpandang satu lembaga hitam legam lagi besar menyerupai tubuh seorang lelaki. Lembaga itu betul-betuk berdiri berdekatan kaki katil.

Saya tidak mampu bergerak sedangkan lembaga tersebut semakin menghampiri saya. Ketika itulah saya berasa sangat takut sehingga tidak mampu membuka mulut kecuali terus berdoa supaya terselamat sambil menggigil ketakutan.

Nasib baiklah tiba-tiba terpancar cahaya yang datang dari arah bilik mandi. Mungkin itu cahaya dari kenderaan orang yang memandu melepasi banglo yang saya diami.

Tapi, setelah cahaya itu muncul, lembaga hitam legam itu hilang melalui pintu bilik tidur berhampiran. Apakah lembaga yang saya lihat tadi? Hantu?

Saya tidak pernah percaya aktiviti paranormal dan saya beranggapan bahawa hantu hanyalah khayalan imaginasi manusia. Namun, saya tidak berminat hendak mengkaji apakah jenis makhluk aneh yang menghantui banglo lama itu.

Pada masa yang sama, saya tidak sanggup lagi untuk terus menunggu. Entah apa lagi insiden yang bakal berlaku.

Biarlah saya yang meninggalkan banglo ini. Saya membuat keputusan berpindah ke rumah lain.

Kiriman: Amir Shafuan dari Melbourne, Australia.

*Gambar-gambar diatas adalah hiasan semata-mata.


-Sentiasapanas.com

INILAH PUNCA SEBENAR KENAPA BRUNEI TAK NAK JOIN MALAYSIA !!


INILAH PUNCA SEBENAR KENAPA BRUNEI TAK NAK JOIN MALAYSIA !!

Mungkin anda semua sudah tahu mengapa Brunei tidak mahu bersatu bersama Malaysia seperti mana yang anda pelajari sejarah ketika tingkatan tiga dulu.. Namun, apakah anda sudah lupa akan faktor-faktor yang mendorong Brunei daripada tidak bernaung dibawah satu bumbung bersama Malaysia? 

Mari kita imbas kembali sejarah penolakan Brunei ini..

Apabila Sultan Omar Ali Saifudin III dari Brunei mengisytiharkan bahawa Brunei tidak akan bersama-sama membentuk Malaysia, Tunku Abdul Rahman telah cuba untuk memberikan tekanan ke atas Brunei dengan memanggil balik beratus-ratus guru dan pegawai dari Tanah Melayu yang di pinjamkan kepada negara tersebut. Hal ini menyebabkan Brunei ketika itu menghadapi masalah pentadbiran.

Namun, Sultan masih tetap dengan pendiriannya. Antara perkara yang tidak dipersetujui oleh Sultan semasa rundingan dengan Persekutuan Tanah Melayu adalah kedudukan Kesultanan Brunei yang di letakkan di bawah sekali di dalam Majlis Raja-raja Melayu. Satu lagi perkara besar yang tidak dipersetujui oleh Sultan adalah berkenaan dengan cukai Pusat ke atas hasil minyak sebanyak 10% untuk selama 10 tahun dan selepas itu Pusat mahu mengambil alih kawalan minyak Brunei.

Hujah-hujah bahawa dengan pembentukan Malaysia maka dapat membendung ancaman komunis dan untuk mendapatkan kemerdekaan awal dari British akhirnya telah di tolak oleh Sultan atas sebab-sebab tidak bersetuju dgn syarat-syarat di atas.

Hari ini Brunei adalah sebuah negara yang berdaulat, ahli kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan juga ahli kepada ASEAN. Ini bermakna ia nya sebuah negara yang diiktiraf bukan sahaja oleh negara-negara yang berjiran dgn nya, malah diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Hari ini juga rakyat Brunei menikmati pendapatan per kapita antara yang tertinggi, harga Petrol yang terendah, pendidikan percuma hingga peringkat tinggi dan sebagainya.

Pada akhir tahun lepas, Kerajaan Brunei melalui Menteri Tenaganya telah melahirkan rasa kekecewaan secara terbuka kerana masih ramai rakyat tempatan tidak di ambil bekerja di syarikat-syarikat pembekal dan kontraktor industri minyak. Menteri tersebut berkata, walaupun Brunei mengalu-alukan pelaburan asing, namun jika tidak serius untuk memberikan peluang pada rakyat tempatan, syarikat-syarikat ini tidak dikehendaki untuk berada di Brunei.


Ini adalah satu amaran keras dan terbuka. Saya percaya syarikat-syarikat yang ada di dalam industri Minyak dan Gas ini akan mula memberikan perhatian yang serius.

Dalam satu ucapan, bagi memperingati Sultan Omar Ali Saifuddin III, bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew berkata apabila Singapura keluar dari Malaysia, Sultan Omar Ali telah berkata pada nya "Kamu sudah seperti Brunei. Itu adalah lebih baik untuk kamu"

Sejarah adalah satu perkara yang telah pun berlalu dan tidak akan sesekali dapat diubah, Namun satu soalan retorik yang menarik, apakah yang mungkin berlaku andainya Brunei bersetuju untuk bersama-sama membentuk Malaysia?

Andaian

1. Brunei bukan saja akan di kenakan cukai utk hasil minyak, malah 95% hasil minyak akan pergi ke Pusat. Tinggal 5% untuk Brunei.

2. Pendapatan rakyat Brunei mungkin akan sama dengan Sarawak iaitu RM30,000 berbanding dengan sekarang RM62,000 (USD 20,000)

3. Rakyat Brunei akan membeli minyak dengan harga yang lebih mahal dari sekarang iaitu RM1.90 seliter utk RON95 berbanding sekarang RM0.90 (B$0.36)

4. Rakyat Brunei yang hendak melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi akan terpaksa meminjam dari PTPTN dan dikenakan Riba.

5. Sindrom ramai orang luar Brunei yang memegang jawatan tinggi dengan gaji mahal di sektor Minyak dan Gas akan berlaku tanpa ada apa-apa bunyi bantahan dari pemimpin tempatan Brunei. Rakyat Brunei akan di beri jawatan peringkat rendah dgn gaji yang rendah juga.

6. Harga kereta import akan mahal dan rakyat Brunei akan ramai yang terpaksa beli Proton dan Perodua.

7. Jalan antara bandar di Brunei akan menjadi jalan satu lorong untuk sehala yang berombak2 dan berlubang. Dan kebanyakan di tampal pelbagai kali hingga rupanya macam kek lapis Sarawak.


HARI INI, lihatlah pembangunan dan kemajuan negara Brunei sehingga baru-baru ini diletakkan dalam ranking KE-4 terkaya dunia oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Pertumbuhan ekonomi sekitar tahun 1990-an hingga 2000, membawa perubahan kepada Brunei sehingga menjadi sebuah negara perindustrian. 

Purata peningkatannya adalah 56 peratus bagi tahun 1999 hingga 2008 sahaja. Sektor petroleum dan gas asli menjana kekayaan negara yang mencapai kemerdekaan dari United Kingdom pada 1 Januari 1984 ini. IMF turut menyatakan bahawa hutang Brunei berada di kadar kosong peratus daripada KDNK negaranya. 

KISAH BENAR WANITA SYRIA INI DI DALAM PENJARA BASYAR

KISAH BENAR WANITA SYRIA INI DI DALAM PENJARA BASYAR

Khitam Benyan menceritakan pengalaman beliau semasa di tahan oleh tentera rejim.

22 hari telah berlalu selepas saya dibebaskan daripada tahanan rejim Basyar. Saya berasa begitu trauma dan pelbagai persoalan tidak pernah berhenti dalam fikiran saya. Kenangan orang yang saya temui di dalam penjara tidak pernah saya dapat lupakan. Semua orang memberitahu saya, anda akan lupa dan anda akan menyesuaikan diri bila telah keluar dari penjara. Tetapi ternyata tidak. 

Saya tidak akan melupakan apa yang saya lihat di dalam penjara dahsyat rejim. 

Saya tidak akan melupakan (Um Tayim, 25 tahun ) yang dipanggil ke pejabat penjara pada tengah malam dan kembali semula dalam keadaan trauma selepas dirogol dengan kejam sebanyak dua kali. 


Saya tidak akan melupakan wajah (Muna Al Wadi) apabila mereka (pengawal penjara) memberitahu dia akan dikenakan hukuman tembak yang akan dilaksanakan jam 10 pagi esok. 

Saya tidak akan lupa suara (Ala'a Kayyal) gadis 20 tahun, apabila dia meminta saya untuk memeriksa kembali belakang tubuhnya selepas datang dari sesi penyeksaan. 

Saya tidak akan pernah lupa bagaimana (Elham) menggigil serta menggeletar apabila dia terkena sawan epilepsi, dan pengawal mengejek beliau dan menuduh beliau kononnya berlakon. 

Saya tidak akan melupakan (Thana'a Al Hasan) seorang wanita berusia 45 tahun apabila dia mengalami strok dan dia tidak boleh bernafas. Kami memanggil dan menjerit kepada pengawal tetapi tiada siapa yang menyahut. 

Saya akan tidak akan pernah memadamkan memori gelap ini di dalam kehidupan saya apabila melihat air matanya turun seperti sungai menangis untuk anak-anaknya dan kerana dia telah mati tanpa dapat melihat mereka.

Beritahu saya, bagaimana boleh saya lupa akan orang-orang yang saya tinggalkan di penjara tersebut dan menjalani kehidupan yang normal. Sebahagian besar daripada mereka masih dalam sel gelap. Muka mereka, kesakitan mereka dan jeritan mereka sentiasa menghantui saya. 

SERAM Balasan Isteri Mengamalkan Nasi Kangkang Untuk Suami... Tengok Apa Yang Terjadi Kepada Perempuan Itu !!!



38253.jpg
Kami ingin berkongsi satu cerita ini kepada korang semua. Cerita mengenai amalan nasi kangkang isteri kepada suaminya.
Nasi-Tangas.jpg
Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya sudah lebih tujuh tahun sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya merasa terlalu seronok. Eh, makin kurus nampak. Diet ke? kata saya setelah mempersilakannya duduk.
Tak adalah. biasa la cikgu, kan sekarang ni macam-macam kerja.Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah. badan gemuk pun boleh jadi tinggal tulang, balas Arifin. Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh. Seluar pun longgar, Tambah Arifin sambil menarik lengan baju untuk menunjukkan betapa kurusnya dia dan besarnya baju yang di pakai.
Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya Arifin tentang hajatnya datang menemui saya. Yalah, tiba-tiba saja muncul, pasti ada hajat yang hendak di sampaikan. Orang rumah saya sakitlah, ustaz, kata Arifin.
Patutlah aku tengok engkau lain macam aja tadi. Ketawa pun hendak tak hendak. Sakit apa? saya bertanya. Agak lambat Arifin menjawab. Dia menarik nafas, kemudian meraup muka dan seterusnya bersandar di kerusi. Setelah itu disorotnya mata saya dalam-dalam.
Entahlah. katanya perlahan.. Lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia melepuh-lepuh. Di kaki, paha, perut, dibelakang.. penuh dengan lepuh macam orang terkena air panas,kata Arifin. Tambah kawan lama saya itu, dia telah membawa isterinya, Niza, ke serata hospital dan klinik, namun ubat yang di beri oleh doktor tidak dapat melegakan penyakitnya. Sakit apa, doktor pun tak tau,tambahnya.
Dah pergi berubat kampung? saya bertanya.
Dah,tapi macam biasalah. bomoh, cakap kena buat orang, terceroboh kawasan orang bunian, sampuk dan macam-macam lagi. Duit banyak habis, masa terbuang, tapi sakitnya tak juga sembuh,jelas Arifin. Malah, kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi bertambah banyak pula hingga tubuh isterinya yang langsing menjadi sembab. Wajahnya yang cantik juga berubah murung, kusut.. Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan kebimbangan saya, setelah beberapa lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi gerutu dan berbintil-bintil macam katak puru, tambah Arifin.
Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana selepas tubuhnya hodoh akibat sembab, seluruh kulitnya yang dulu licin menjadi jelik. Dari tangan, bintil-bintil kecil dan besar seperti bisul tumbuh merata, kaki hingga ke muka. Disebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang datang melawat terkejut kerana hampir tidak mengenalinya lagi. Akibatnya, Niza terpaksa berhenti kerja. Dia malu untuk berhadapan dengan kawan sepejabat.
Memang ada yang bersimpati tapi ada juga yang mengejek. Ramai yang menyindir di belakang, tapi ada juga yang tanpa rasa bersalah mengaibkannya secara berhadapan. Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah. Sehelai demi sehelai rambutnya gugur hingga hampir botak. Rambut yang lembut mengurai menjadi jarang hingga menampakkan kulit kepala yang memutih. Keadaannya itu sangat menyedihkan kerana usia awal 30an, rambutnya seperti wanita berumur 90an. Seperti daun getah luruh di musim panas, semakin hari semakin banyak rambut Niza gugur. Dalam waktu yang sama, kuku tangan dan kakinya juga menjadi lebam. Daripada biru, ia bertukar kehitaman seperti di penuhi darah beku.
Tiap hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah dia sakit macam ni. Kenapa dia, bukan orang lain? Apa salah dia? Kasian betul saya tengok,kata Arifin. Wajahnya sayu Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu.
Di sebabkan doktor tempatan gagal menyembuhkan penyakit Niza, Arifin membawa isterinya ke Singapura. Hampir sebulan mereka di sana dan banyak wang di habiskan namun pulang dengan hati kecewa. Doktor di negara itu juga tidak dapat mencari penawar keadaan penyakit berkenaan. Sekarang ni, keadaan isteri saya dah bertambah teruk. Bila malam saja dia meraung, meracau dan menangis-nangis. Jadi,saya harap ustaz dptlah tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya mengubatnya cara moden, tambah Arifin.
InsyaAllah. Balas saya.
Tapi saya mula terasa pelik. Perasaan ingin tahu mula bercambah kerana berdasarkan pengalaman, kata-kata yang diluahkan semasa seseorang yang meracau dapat membantu kita merawatnya. Ini kerana semasa meracau itulah dia meluahkan segala yang terbuku di hati. Apa yang dia cakap masa meracau tu?
Macam-macam ustaz. tapi ada waktunya dia minta ampun maaf daripada saya. Saya tanya kenapa? .. Dia tak cakap, Cuma minta maaf saja. Yalah , orang dah sakit memang macam tu,kata Arifin. Saya cuma mendiamkan diri. Mengiakan tidak, menggeleng pun tidak. Setelah berbincang lama, dia meminta diri.. Sebelum pulang, saya berjanji untuk ke rumah Arifin pada malam esoknya. Datang ya, ustaz . Saya tunggu,
katanya sambil mengangkat punggung.
Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan pejabat saya. Seperti yang dijanjikan, saya sampai ke rumahnya selepas isyak. Jemput masuk ustaz,Arifin memperlawa sambil membawa saya ke sebuah bilik.
Dia baring dalam bilik ni. Ustaz jangan terkejut pula tengok muka dia. Orang rumah saya ni sensitif sikit, bisiknya sebelum kami masuk ke bilik berkenaan. Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang wanita berselimut paras dada terbaring mengiring mengadap ke dinding.
Za.. Ni Ustaz Nahrawi datang, kata Arifin perlahan sambil memegang bahu isterinya. Dengan lemah, Niza menoleh. MasyaAllah memang keadaan Niza sangat menyedihkan Wajahya penuh dengan bintil-bintil yang menggerutu. Matanya terperosok ke dalam manakala tulang pipi membojol seperti bongkah batu yang membayang dipermukaan tanah. Badannya pula kurus cengkung dan kepala separuh botak menandakan dia sudah lama menderita. Niza cuma tersenyum tawar memandang saya. Saya dekati dia dan selepas lima minit meneliti keadaannya, saya panggil Arifin ke sudut bilik.
Dengan suara separuh berbisik, saya bertanya;Pin, saya nak tanya sikit, tapi sebelum tu minta maaflah kalau nanti awak tersinggung. Tak adalah,ustaz. Tanyalah, saya tak kisah, jawab Arifin.
Err,. dari mana datangnya bau yang. soal saya, tapi tak sanggup nak menghabiskannya. Bau yang saya maksudkan itu agak busuk.
Ooo. mmm, dari alat sulit dia,kata Arifin perlahan. Keluar lendir bercampur nanah
Saya tidak memanjangkan lagi topik itu kerana tidak mahu memalukan Arifin dan isterinya. Lagi pun tidak manis untuk bertanya tentang hal-hal yang seperti itu.
Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu Arifin, kadangkala di timpa penyakit sebegini sengaja di turunkan balasan oleh Allah kerana ada melakukan dosa atau derhaka kepada ibu atau bapa. Lantas saya bertanya, adakah Niza sudah meminta ampun daripada ibu bapanya.
Sudah ustaz. Dengan emak dan ayah saya pun sudah.
Kalau macam tu, baguslah,kata saya.
Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat yang dipetik dari al-Quran, saya meminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan Arifin dan Niza serta keluarga mereka supaya bersabar dengan ujian Allah. Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh, kata saya sebelum meninggalkan rumah Arifin.
Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza menjadi bertambah parah. Perkara ini saya ketahui apabila Arifin menghubungi saya beberapa minggu kemudian. Menurut kawan saya itu, isterinya kini kian teruk racaunya. Memang benar. Bila saya menziarahnya petang itu, Niza kelihatan semakin tenat. Sekejap-sekejap dia meracau yang bukan-bukan. Malah saya pun tidak dikenalinya lagi. Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya melakukan solat hajat memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan isterinya. Nasihat saya itu dipatuhi namun beberapa hari kemudian Arifin menalifon lagi. Kali ini suaranya lebih sedih, seperti hendak menangis.
Ustaz,katanya.. Sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu
Kenapa?pantas saya bertanya.
Sejak dua tiga malam lepas, dia minta ampun daripada saya dan ceritakan segala-galanya . Arifin menyambung ceritanya; Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri saya minta ampun kerana telah mengenakan ilmu kotor kepada saya. Kata Niza, dia telah memasukkan darah haid dan air maninya ke dalam makanan saya. Saya tanya Kenapa?
Dia jawab, supaya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan lain. Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula kerana telah berlaku curang kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan tu selepas saya ditundukkan dengan ilmu hitam. Saya tanya, masa bila awak buat? Dia jawab semasa ketiadaan saya, tidak kira lah semasa saya bertugas di luar daerah. Semasa keluar seorang diri, dia telah membuat hubungan sulit dengan beberapa lelaki. Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal. Kata Niza, hubungan mereka bukan setakat kawan saja, malah sudah ke tahap zina. Kerana itu dia minta berbanyak-banyak ampun daripada saya.
Dia minta saya maafkan. Saya tak sangka betul, ustaz. Madu yang saya beri, racun yang dibalasnya. Patutlah selama ini bila berdepan dengan dia saya jadi hilang pertimbangan. Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil, takut nak membantah. Sudahlah begitu, dia jadi perempuan Kata Arifin tanpa sanggup menghabiskan kata-katanya. Termenung saya mendengar ceritanya itu.
Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana Arifin bukan orang sebarangan. Arifin berpelajaran agama dan setia kepada isterinya. Budi bahasa pun elok. Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia, kata saya. Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan isterinya pergi.
Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar meninggalkan jasad kerana dia mahukan keampunan daripada suaminya terlebih dahulu. Lagipun, dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal tulang, kepala pun dah nak botak. Doktor pula sudah sahkan penyakit dia tidak dapat disembuhkan lagi. Jadi, pada pandangan saya, daripada dia terus azab menanggung seksaan sakaratulmaut, adalah lebih baik kalau awak relakan saja dia pergi. Saya tau ia susah nak di buat, tapi keadaan memaksa.
Ampunkan dia? Arifin bertanya balik. Dia dah derhaka dengan saya, buat tak senonoh dengan lelaki lain, kenakan ilmu sihir kepada saya, ustaz mau saya maafkan dia? tingkah Arifin dengan suara yang agak keras. Mungkin dia terkejut.
Ya. dia pergi dengan aman dan awak pula dapat pahala, jelas saya. Saya terus memujuknya supaya beralah demi kebaikan isterinya. Saya katakan, yang lepas itu lepaslah. Lagi pun Niza sudah mengaku dosanya, jadi adalah lebih baik Arifin memaafkannya. Mungkin dengan cara itu Niza akan insaf dan meninggal dengan mudah. Takkan awak nak biarkan dia menderita? Awak nak pukul dia? Maki dia? Tak ada gunanya. Maafkan saja dia dengan hati yang benar-benar ikhlas, jelas saya.
Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga. Lalu saya nasihatkan supaya dia bacakan surah Yasin tiga kali dan ulangkan ibu Yasin (salaamun qaulam mirrabir rahim) sebanyak tujuh kali. Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan solat, kata saya. Seminggu kemudian Arifin menelefon saya. Dengan sedih beliau memaklumkan isterinya sudah meninggal dunia. Tambah kawan saya itu, Niza pergi tanpa sesiapa sedari kerana ketika itu dia sedang menunaikan solat Isyak. Bila kembali, dia lihat isterinya tidak bernyawa lagi.
Tapi Alhamdulillah, sebelum pergi dia sempat minta ampun daripada saya sekali lagi kerana menderhaka. Marah, memang marah, tapi bila dia pegang tangan saya sambil menangis dan kemudian minta ampun,tidak sanggup juga rasanya untuk membiarkan dia pergi dalam keadaan tanpa kemaafan daripada saya. Ustaz, saya dah ampunkan dia.
Namun demikian, kata Arifin, lendir dan nanah busuk masih lagi mengalir daripada alat kelamin Allahyarham isterinya itu sehinggalah mayatnya dikebumikan.

ad banner